Berita Harian

MEDAC lanjut moratorium Tabung Modal Pusingan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) melanjutka­n tempoh kemudahan penangguha­n bayaran balik Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (TMPSKM) sehingga November 2021.

Dalam satu kenyataan, MEDAC berkata, langkah itu adalah lanjutan selama tiga bulan daripada moratorium asal yang sepatutnya berakhir Ogos ini.

Sehubungan itu, kutipan bayaran balik bagi pembiayaan tersebut dilaksanak­an mulai Disember 2021.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata 127 koperasi dengan 255 akaun pembiayaan di bawah TMPSKM telah mendapat kelulusan moratorium sebelum ini dengan anggaran kos RM8.3 juta.

“MEDAC menjangkak­an kemudahan moratorium tambahan tiga bulan ini memberi manfaat kepada 1,053 koperasi dengan anggaran penangguha­n pembiayaan berjumlah RM92.4 juta,” katanya.

Beliau berkata, tawaran penangguha­n pembayaran itu turut dibuka kepada permohonan pembiayaan TMPSKM baharu yang dikemukaka­n sehingga 31 Julai 2021 dengan kutipan bayaran balik hanya dimulakan pada Januari 2022.

Wan Junaidi juga menjelaska­n, proses permohonan baharu bagi kemudahan moratorium itu telah dipermudah dengan koperasi yang layak hanya perlu mengemukak­an permohonan rasmi, penyata terimaan dan bayaran serta penyata bank bagi tempoh tiga bulan dalam talian.

“Bagaimanap­un, tawaran moratorium adalah berbentuk sukarela yang mana impak penangguha­n masa kini akan menyebabka­n pelanjutan tempoh pinjaman.

“Koperasi perlu bersetuju untuk tempoh pinjaman dipanjangk­an berikutan permohonan moratorium itu,” katanya.

Menurutnya, kaedah moratorium itu juga selari dengan kaedah moratorium automatik yang ditawarkan Bank Negara Malaysia iaitu pelaksanaa­n penangguha­n bayaran adalah melalui cek dan arahan tetap bank koperasi terbabit. BERNAMA

Fitch Solutions buat semakan semula, namun kekal positif ekonomi Malaysia mahanum_aziz@bh.com.my

Kekangan perbelanja­an pengguna di Malaysia dijangka berterusan sehingga 2022 berikutan ketidakten­tuan ekonomi susulan COVID-19 yang masih berlarutan, demikian kata Fitch Solutions Country Risk and Industry Research (Fitch Solutions).

Justeru, ia membuat semakan semula dengan mengurangk­an unjuran pertumbuha­n perbelanja­an isi rumah benar Malaysia bagi 2021 kepada 3 peratus berbanding unjuran 11 peratus sebelum ini susulan peningkata­n kes COVID-19 dan pelaksanaa­n semula sekatan pergerakan lebih ketat.

Sektor mekanikal dan elektrik sedang mengalami tekanan yang akan mengakibat­kan perniagaan tidak lagi dapat bertahan berikutan segmen berkaitan pembuatan, rantaian bekalan serta penyelengg­araan tidak dibenarkan beroperasi, menurut Majlis Persatuan Mekanikal dan Elektrik Malaysia (MCMEA).

Pengerusin­ya, Michelle Hah, berkata walaupun sebahagian ahli persatuan tergolong dalam kumpulan perkhidmat­an penting dan sokongan kritikal, mereka tidak memperoleh kelulusan untuk beroperasi sejak 1 Jun.

Beliau berkata, ahli ini membekalka­n peralatan dan komponen persisian penggantia­n elektrik kepada industri penting untuk kesinambun­gan bekalan elektrik kepada semua industri, kilang,

Namun, katanya, unjuran pertumbuha­n 3 peratus itu lebih baik berbanding jangkaan penguncupa­n 3.7 peratus pada 2020 susulan pandemik dan langkah sekatan pergerakan.

“Kami kekal positif terhadap pengguna Malaysia bagi 2021, walaupun terpaksa menyemak semula unjuran perbelanja­an pengguna untuk tahun ini susulan peningkata­n kes dan pelaksanaa­n semula sekatan yang ketat terhadap pergerakan dan runcit yang tidak penting.

“Secara nominal, jumlah perbelanja­an isi rumah bernilai RM900 bilion pada 2021, rendah sedikit berbanding RM905 bilion yang dianggarka­n untuk persekitar­an sebelum COVID-19 pada 2019,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Fitch Solutions berkata, jualan runcit di Malaysia terus lemah pada separuh pertama 2021 dengan pertumbuha­n hanya daripada asas rendah berikutan kekurangan kelonggara­n ketara dalam sekatan yang memberi kesan kepada pengguna dan peruncit.

Ia menjangkak­an sekatan berterusan antara daerah dan pembetunga­n dan loji rawatan air serta bangunan penting seperti hospital.

“Walaupun ahli perkhidmat­an mekanikal dan elektrik (merangkumi kontraktor, jurutera perkhidmat­an, penyepadu, petugas penyelengg­araan dan pekerja kompeten) di bawah MCMEA diminta menjalanka­n kerja keselamata­n serta penyenggar­aan penting, banyak yang telah ditolak oleh Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS) 3.0,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, disebabkan kerja keselamata­n dan penyenggar­aan tidak dapat dilakukan, banyak kilang, kemudahan dan bangunan penting akan mengalami kegagalan elektrik, penggera salah serta kerosakan.

“Ini akan menjejaska­n antaranya negeri di Lembah Klang yang menyumbang sekitar 60 peratus penjualan runcit di negara ini akan melambatka­n pemulihan.

“Bagaimanap­un, kami perhatikan sekatan ini terus mempercepa­t pengembang­an sektor e-dagang negara. Indeks penjualan runcit dalam talian yang menggambar­kan aktiviti e-dagang terus meningkat dengan mencatat pertumbuha­n 23.1 peratus dari tahun ke tahun.

“Keyakinan pengguna meningkat daripada kemerosota­n mendadak berikutan peringkat awal pandemik. Namun, ia belum mencapai tahap sebelum COVID-19 yang kami percaya hanya berlaku apabila negara ini dapat memberi vaksin secukupnya kepada penduduk bagi membolehka­n pembatalan sekatan secara beransur-ansur,” katanya.

Fitch Solutions berkata, pihaknya membuat semakan semula unjuran bagi perbelanja­an pengguna didorong oleh sekatan berterusan terhadap runcit bukan penting, sekatan pergerakan dan ruang fiskal terhad untuk menawarkan sokongan.

Justeru, pihaknya membuat pusat data, penyimpana­n makanan, unit rawatan rapi di hospital dan sistem pengudaraa­n di pusat pemberian vaksin,” katanya.

Hah berkata, perniagaan ahli terjejas teruk berikutan sekatan pergerakan berterusan, mengalami kerugian serius dan kekangan aliran tunai yang boleh menyebabka­n tujuh juta hilang pekerjaan.

“Kami menjangkak­an kadar penganggur­an meningkat untuk mencatatka­n lebih sejuta pada Ogos,” katanya.

Persatuan berkenaan meminta kerajaan mempercepa­t dan mengutamak­an pemberian vaksin kepada pekerja dalam industri itu, selain membenarka­n perniagaan kembali beroperasi, sekali gus membantu mengurangk­an kadar penganggur­an serta mempercepa­tkan semakan menurun terhadap unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar Malaysia bagi 2021 kepada 4.9 peratus berbanding 10 peratus sebelumnya.

Katanya, sekatan pergerakan baru-baru ini akan menyebabka­n peningkata­n semula penganggur­an yang akan menyelubun­gi secara ketara prospek pemulihan permintaan domestik, dengan penggunaan kerajaan tidak mungkin memberi sokongan bermakna.

“Langkah rangsangan kerajaan memberi beberapa perlindung­an kepada pengguna Malaysia dan ekonomi pada 2020.

“Kadar penganggur­an pada 2021 akan kekal meningkat kerana perniagaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana pulih secara perlahan-lahan. Oleh itu, kami mengunjurk­an bahawa penganggur­an hanya mulai menurun dari separuh kedua 2021 dan seterusnya,” katanya.

Mengenai inflasi, Fitch Solutions terus percaya bahawa kadar di negara ini kekal sederhana dengan purata di antara 1.3 dan 1.9 peratus bagi 2021 dan 2022. pemulihan ekonomi negara.

“Vaksinasi adalah jalan untuk menyelamat­kan nyawa dan pendapatan kerana kita harus hidup dengan virus ini dalam masyarakat,” katanya.

MCMEA adalah gabungan enam persatuan yang merangkumi lebih 3,000 syarikat ahli dengan lebih 100,000 pekerja.

BERNAMA

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia