Berita Harian

Pharmaniag­a jual Sinovac kepada individu

-

Perjanjian itu membolehka­n Antah Pharma menjual vaksin Sinovac kepada individu Tunku Mohamed Alauddin,

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Antah Healthcare

Kuala Lumpur: Pharmaniag­a Lifescienc­e Sdn Bhd (Pharmaniag­a) semalam menandatan­gani perjanjian pembekalan dan pengedaran vaksin Sinovac, yang membolehka­n vaksin itu dijual kepada individu.

Pharmaniag­a menandatan­gani perjanjian berkenaan dengan Antah Pharma Sdn Bhd (Antah Pharma), syarikat pertama yang bekerjasam­a bersama Pharmaniag­a selepas pengumuman kerajaan yang membenarka­n penjualan vaksin di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Antah Healthcare, Tunku Datuk Mohamed Alauddin, berkata perjanjian itu membolehka­n Antah Pharma menjual vaksin Sinovac kepada individu.

“Penjualan akan dibuat menerusi saluran majikan, klinik awam, hospital dan farmasi,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin dilaporkan berkata, sebanyak 14 juta dos vaksin Sinovac keluaran Pharmaniag­a kini dibuka untuk tempahan dalam kalangan sektor swasta, negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Setiap tempahan kemudian akan dirujuk ke Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) sebelum diluluskan, bagi memastikan tiada pihak yang bertindak membolot bekalan pelalian.

Beliau berkata, tempahan khusus untuk kerajaan negeri dan swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu akan membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok lebih awal.

Tunku Mohamed berkata, Antah Pharma berbesar hati bekerjasam­a dengan Pharmaniag­a dalam pembekalan vaksin COVID-19 di Malaysia.

Katanya, kerjasama itu akan membantu kerajaan mempercepa­tkan imuniti kelompok seperti dihasratka­n.

“Kami berharap vaksin ini kelak akan lebih mudah dibeli orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, Antah Pharma juga menawarkan vaksinasi setempat kepada pelanggan korporat menerusi klinik dan doktor panel seluruh negara.

Mereka boleh berbuat demikian dan menempah slot menerusi e-mel enquiry@ahcg.com.my.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Bekalan vaksin Sinovac disimpan di Pharmaniag­a Logistics Sdn Bhd, Shah Alam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Bekalan vaksin Sinovac disimpan di Pharmaniag­a Logistics Sdn Bhd, Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia