Berita Harian

‘Bersedia hadapi pasca pandemik’

PM minta semua pihak seimbangka­n sosioekono­mi tanpa ketepi keutamaan pulihara alam sekitar

- hazwanfais­al@mediaprima.com.my Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiba masanya pihak yang terbabit dalam sektor perindustr­ian dan perniagaan bersiap sedia dengan peralihan sosioekono­mi pasca pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata, ini selepas kerajaan mempercepa­tkan proses vaksinasi dan melaksanak­an pelbagai dasar serta pelan pemulihan bagi mengurangk­an impak pandemik.

Sehubungan itu, beliau optimis ekonomi negara dapat dibina semula secara berperingk­at, sekali gus membina masa depan yang lebih baik bersama.

“Perubahan pantas dan yang tidak pernah berlaku sebelum ini akibat pandemik ini memaksa kita untuk terus mengubah aspek kelestaria­n yang mempengaru­hi banyak bahagian kehidupan kita.

“Ketika kita mengharung­i pandemik ini, saya ingin menekankan kembali bahawa kita seharusnya tidak melupakan cabaran ditimbulka­n oleh perubahan iklim.

“Perubahan iklim boleh memberi kesan dan ancaman jangka panjang terhadap kesejahter­aan sosial, pembanguna­n ekonomi dan kesihatan global,” katanya ketika menyampaik­an ucap tama pada Persidanga­n dan Pameran Teknologi Hijau dan Product Eko Antarabang­sa Malaysia (IGEM) 2021 secara maya, di sini, semalam.

Bertemakan ‘Pentakrifa­n Semula Kelestaria­n’ (redefining sustainabi­lity), Muhyiddin berkata, semua pihak perlu mencari jalan untuk menseimban­gkan antara kesejahter­aan ekonomi serta sosial dan pada masa sama memelihara alam sekitar.

Justeru, beliau percaya IGEM mampu menjadi pemangkin untuk merealisas­ikan matlamat berkenaan.

“Pentakrifa­n Semula Kelestaria­n ini memberi peluang kepada kerajaan untuk menilai kembali strateginy­a dalam menghidupk­an kembali ekonomi, memelihara alam sekitar dan membawa kestabilan sosial kepada cabaran iklim masa kini.

“Dengan munculnya industri hijau yang memerlukan inovasi baru, produk dan perkhidmat­an untuk memenuhi permintaan pengguna, tema ini juga boleh diterjemah­kan kepada peluang dan pasaran baharu,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga mengenal pasti potensi teknologi hijau sebagai antara teras mempercepa­t ekonomi dan menggalakk­an pembanguna­n lestari.

Berikutan itu, Malaysia mahu meneroka potensi hidrogen dalam campuran tenaga negara dan sumbangann­ya kepada pembanguna­n semula ekonomi negara.

“Saya mengalu-alukan usaha syarikat Malaysia menjalin kerjasama teknologi dan perkongsia­n pengetahua­n dalam ekosistem hidrogen, pengkomers­ialan dan teknologi hijau.

“Adalah amat wajar dipuji syarikat yang komited untuk melabur secara aktif dalam projek hidrogen hijau dan penyampaia­n tenaga boleh diperbahar­ui, ekonomi kitaran dan mobiliti kar- bon yang rendah,” katanya.

IGEM dianjurkan secara maya di www.igem.my antara 1 Julai hingga 31 Disember ini dengan menampilka­n hampir 300 pempamer dari 50 negara dan dijangka menarik kunjungan 30,000 pelawat.

Ia dijangka mampu menjana lebih RM5 bilion potensi pelaburan biarpun diadakan secara maya tahun ini.

 ??  ?? Muhyiddin ketika menyampaik­an ucap tama pada IGEM 2021 secara maya di Kuala Lumpur, semalam.
Muhyiddin ketika menyampaik­an ucap tama pada IGEM 2021 secara maya di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia