Kebenaran sambung ‘shooting’ sahaja
Wajah Layla yang mewakili artis wanita Malaysia dan Singapura dipaparkan di papan iklan digital Times Square, New York.
Kerja penggambaran hanya diberi kepada syarikat produksi yang hanya mahu menyambung proses pembikinan kandungan.
FINAS perjelas penggambaran pada fasa kedua PPN bukan untuk produk baharu bhhip@bh.com.my
Kebenaran melakukan aktiviti penggambaran di luar studio hanya dibuat berperingkat dengan tertakluk kepada syarikat penerbitan yang mempunyai baki kerja atau ‘job’ tertangguh, bukan untuk penghasilan produk baharu.
Selain itu, semua pekerja termasuk artis dan kru diwajibkan melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 sebagai syarat kembali ke lokasi penggambaran.
Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata aktiviti penggambaran belum dibuka secara menyeluruh bagi mengimbangi faktor ekonomi dan keselamatan pelaku.
“Pada asasnya, kerja penggambaran belum dibenarkan pada fasa kedua, sebaliknya, pada fasa ketiga dan keempat.
“Tetapi, atas inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan FINAS, kami merayu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran agar penerbit yang tertekan kerana penggambaran tersangkut, boleh menyelesaikan kerja tertangguh,” katanya kepada HIP.
Sebelum ini, kerajaan dilaporkan memberi kebenaran aktiviti penggambaran di luar studio dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, kelulusan aktiviti penggambaran pada fasa kedua PPN berpandukan kepada pelaksanaan syarat ketat di bawah Protokol Gelembung Penggambaran (PREP) yang dikawal selia FINAS.
Ahmad Idham berkata, sebelum ini, ramai penerbit mengambil mudah dan tidak bertanggungjawab hingga wujudnya penularan dalam kalangan pelakon serta tenaga produksi.
“Malah, ada syarikat produksi beroperasi tanpa lesen. FINAS terpaksa bersikap lebih tegas kali ini dengan membuat pemantauan lebih ketat aktiviti ‘shooting’ kemungkinan setiap hari.
“Disebabkan itu, kita masih belum boleh membuka penggambaran kepada semua syarikat produksi. Kita hanya fokus kepada syarikat penerbitan berskala kecil.
“Penggambaran filem dan sebagainya masih belum dibenarkan. Projek ini membabitkan ramai orang dan ada kecenderungan mencetuskan risiko lebih besar,” katanya.
Ahmad Idham berkata, FINAS tidak berkompromi dengan syarat berkaitan dua dos suntikan vaksin bagi syarikat produksi yang mahu menyambung kerja penggambaran.
“Mana-mana syarikat produksi yang gagal memenuhi garis panduan berhubung vaksin tidak akan dibenarkan memulakan penggambaran.
“Tiada kelonggaran fasa kedua PPN kerana pada asasnya, kita tidak membenarkan kerja penggambaran. Jadi, kita perketatkan SOP bagi memastikan ekonomi bergerak,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai SOP diperketatkan yang dikenakan terhadap syarikat produksi yang mahu menyambung kerja penggambaran, Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli, berkata, syarat itu meletakkan mereka dalam dilema.
“Kami tiada masalah untuk mematuhi garis panduan, namun, syarat memastikan kru dan pelakon mendapat dua dos vaksin COVID-19 adalah di luar kawalan.
“Ada antara kru dan artis sudah mendaftar melalui aplikasi Mysejahtera, tetapi belum mendapati tarikh janji temu.
“Untuk memastikan semua petugas sudah mendapat dua suntikan vaksin, penggambaran tidak dapat dibuat pada waktu terdekat.
Siapa untuk
“Tambahan pula, tempoh antara dos pertama dan kedua, kita perlu menunggu hingga tiga minggu,” katanya.
Mencadangkan penyelesaian isu vaksin COVID-19 kepada penggiat seni, Jurey berkata, syor menjadikan Kompleks FINAS di Hulu Klang sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu disegerakan.
Tambahnya, andai syarat dua dos suntikan vaksin COVID-19 dilonggarkan kepada satu suntikan sahaja, lebih banyak syarikat produksi yang perlu menyambung penggambaran, dapat bekerja.
Selain itu, Jurey berharap FINAS menimbangkan pemberian semula Insentif Saringan Prihatin sebanyak RM5,000 kepada syarikat produksi untuk menjalankan ujian calitan.
Tambahnya, syarikat produksi memerlukan modal RM10,000 setiap kali memulakan kerja penggambaran bagi melakukan ujian calitan dua kali iaitu sebelum dan selepas penggambaran.
Sementara itu, Siti Rosmizah Semail iaitu penerbit drama Cukup Derita Itu yang perlu menyambung penggambaran selepas kerja ‘tergantung’, mengaku sukar meneruskan hajat kembali ke lokasi ‘shooting’.
“Dalam senarai kami, ramai pekerja belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 lengkap. Kerja penggambaran hanya boleh
Ahmad Idham senarai main (playlist) tempatan mewakili artis dari lebih 50 negara dikategorikan.
Selain itu, playlist mewakili EQUAL Global Terbaik juga dipaparkan mewakili muzik dari artis sejagat.
Layla atau nama penuh, Layla Sania Khairuzikri bersyukur diberi peluang menjayakan kempen EQUAL.
“Ini sangat bermakna bagi karier nyanyian saya... Tidak pernah membayangkan melihat diri sendiri dipaparkan pada papan iklan digital itu sama seperti Yuna dan barisan artis antarabangsa lain,” katanya.
Layla berterima kasih kepada Spotify atas peluang keemasan itu.
“Saya amat terharu dan berharap ini boleh dijadikan inspirasi kepada pemuzik wanita lain. diteruskan apabila semua orang sudah mendapat vaksin... Ini akan mengambil masa.
“Seperkara lagi, kami perlu menukar lokasi penggambaran mengikut kawasan fasa kedua PPN yang kebanyakannya di luar daerah. Sebelum ini, lokasi penggambaran drama ini hanya di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi meminta penggiat seni yang kembali bekerja agar mematuhi SOP setiap masa.
“Jangan ambil mudah soal SOP. Ruang sudah dibuka untuk bekerja dan meneruskan kelangsungan hidup. Fikirkan setiap kelalaian menyusahkan semua pihak,” katanya.
Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khir Mohd Noor berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap individu melanggar SOP.
“Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas jika penggiat seni tidak mematuhi SOP. Jangan kira artis hebat atau tidak. Beri saman jika ingkar dan jangan fikir golongan seni ini kebal,” katanya.
Khir juga mencadangkan agar kru dan pelakon hanya dibenarkan bekerja dengan sebuah syarikat produksi pada suatu masa.
“Mereka tidak boleh ‘lompat’ dua atau tiga syarikat produksi kerana SPP dikeluarkan hanya pada sebuah syarikat produksi. Kalau ini berlaku, diambil tindakan kepada yang ingkar,” katanya.
Kita ada kekuatan untuk mengubah dunia, tidak kira siapa diri kita dan di mana sahaja kita berada.
“Terima kasih kepada peminat yang setia memberi dorongan. Tidak ketinggalan rakan media yang menyokong kerjaya saya sejak mula,” katanya.
Penyanyi berusia 19 tahun naungan Warner Music itu adalah bekas pelajar di SMJK(C) Chong Hwa, Kuala Lumpur dan terkenal dengan kemampuan menyanyikan lagu Mandarin.
Layla melancarkan single pertama dalam bahasa Mandarin berjudul By Your Side, Januari lalu.
Layla pernah muncul dengan dua single dalam bahasa Malaysia berjudul Lakaran pada Mac tahun lalu dan Que Sera Sera pada 2019.