Berita Harian

‘Pam air selut jika enggan bayar RM50J’

MB Kedah beri amaran pendirian Pulau Pinang bakal undang masalah

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan hifzuddin@bh.com.my

Muhammad Sanusi

Yan: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, memberi amaran Pulau Pinang mungkin akan hanya mengepam air selut Sungai Muda suatu ketika nanti, sekiranya terus enggan membayar pampasan air kepada Kedah.

Beliau berkata, Pulau Pinang masih boleh terus mengepam air Sungai Muda secara bebas setiap hari, namun akan tiba masa mereka mendapati tiada air mengalir di sungai itu.

Katanya, kerajaan Kedah mempunyai beberapa projek yang belum boleh diumumkan dan sekiranya dilaksana, ia boleh mengakibat­kan Pulau Pinang tidak lagi mendapat sumber air melalui Sungai Muda.

“Kita ada beberapa projek yang tidak umum lagi yang akan beri masalah kepada mereka (Pulau Pinang) kalau tetap enggan bayar (pampasan air), saya akan umum nanti.

“Pulau Pinang boleh guna dahulu (air Sungai Muda), sampai hari akan keluar air selut dan mereka boleh guna,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Yan di sini, semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumka­n enggan memanjangk­an isu penggunaan sumber air Sungai Muda kerana memilih untuk mempertaha­nkan hak riparian negeri itu di mahkamah.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri sedia membawa pertikaian berkenaan ke mahkamah, namun akan merujuk kes kepada Kerajaan Persekutua­n terlebih dahulu.

“Proses ini akan sampai mahkamah, tetapi kita akan minta

Kerajaan Pusat melalui Kementeria­n Alam Sekitar dan Air bagi mengadakan proses timbang tara untuk atasi hal ini.

“Jika timbang tara gagal selesaikan, kita akan ke mahkamah. Saya akan pergi ke hujung dunia untuk mempertaha­nkan hak ini,” katanya.

Kedah sebelum ini menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaska­n bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun sejak 2010, namun tiada sebarang bayaran dibuat negeri itu sehingga kini.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? semalam. pada sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Yan,
(Foto BERNAMA) semalam. pada sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Yan,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia