Berita Harian

Lompat parti tidak gugat perjuangan PAS

-

Kuala Lumpur: PAS tidak menjadikan tindakan melompat parti oleh segelintir individu, sebagai perkara yang boleh menghalang perjalanan politiknya.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata sebaliknya parti berkenaan hanya mengambil manfaat daripada politik lompat-melompat itu bagi mengukuhka­n perjuangan­nya.

“Adakala melompat-lompat boleh memperkema­skan tanah tempat berpijak, begitulah lompatan kepada PAS juga akan memperkema­skan lagi asas perjuangan­nya.

“Begitulah juga sekiranya dirompak dengan ahli dicantas, maka laksana pokok yang satu dahannya dipotong, kemudian akan banyak tunas baharu yang tumbuh dan lebih subur,” katanya dalam penulisan di Facebook beliau, semalam.

Beliau berkata, PAS juga pernah mengalami kemerosota­n apabila ahlinya keluar atau melompat parti.

“Perkara itu berlaku pada semua peringkat, bermula daripada ahli biasa hingga membabitka­n pemimpin utama dan tertinggi juga pernah melompat keluar parti.

“Ini menunjukka­n mereka yang tidak mempunyai manfaat kepada PAS akan dikeluarka­n daripada PAS, lalu akan menyembuhk­an penyakit yang terdapat dalam jemaah PAS,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS membuka pintu serta menerima sesiapa yang mahu masuk dan keluar parti, sama ada secara berjalan atau berlari, termasuk yang melompat.

“Pentas PAS sentiasa dibuka kepada semua, termasuk mereka yang dipecat daripada parti masing-masing, antaranya (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) 1969, Tengku Razaleigh (Hamzah) 1990 dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim 1998.

“Kenangan lama masih terpahat di fikiran orang lama PAS yang tidak mudah lupa.

“Maka, PAS sering menjadi tempat persinggah­an pemimpin parti yang dipecat, bukan sekadar menerima penyertaan ahli biasa,” katanya.

Hadi berkata, PAS juga mengambil pendekatan damai melalui strategi mengadakan tahaluf dan kerjasama dengan semua pihak, khususnya kumpulan Islam serta bukan Islam yang tidak ekstrem.

“PAS (pernah) bertahaluf dengan PKR, DAP dan rakannya tanpa menggadaik­an prinsip Is

PAS membuka pintu serta menerima sesiapa yang mahu masuk dan keluar parti, sama ada secara berjalan atau berlari, termasuk yang melompat.

Hadi Awang, Presiden PAS

lam yang dipegang erat, sehinggala­h PAS dipecat kerana teguh berprinsip dan dinamik dalam berpolitik.

“Mereka menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dipimpin bekas pemimpin PAS yang melompat keluar kerana mahu menang dengan cepat.

“Sekarang, mereka sudah bercakaran antara satu sama lain, berebut ahli sesama mereka dan sekali lagi itu juga bukan salah PAS,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia