Berita Harian

Matlamat capai pendigital­an lestari perlu babit semua pihak

- Penulis adalah Profesor Madya Jabatan Komputeran Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Kelestaria­n pendigital­an di negara ini perlu diberikan perhatian untuk meningkatk­an kehidupan berkualiti menerusi perancanga­n dan pelaksanaa­n berjiwa berinovasi kepada rakyat.

Ia memerlukan dorongan tinggi kerajaan dalam bentuk sokongan polisi, moral dan bantuan dana untuk memastikan kemampanan pendigital­an lestari.

Realitinya, Malaysia dipandang sebagai bakal peneraju kepada pendigital­an negara ASEAN pada Mesyuarat Menteri-menteri Digital ASEAN dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, hasrat itu hanya akan tercapai melalui strategi mampan ke arah pendigital­an seperti ekonomi dan sosial lebih berkualiti.

Pandemik COVID-19 mempercepa­tkan lagi proses pendigital­an di negara ini, terutama dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan komunikasi.

Malaysia boleh mengambil contoh seperti China yang lebih maju aspek pendigital­an. Di negara itu, syarikat e-dagang seperti Alibaba menunjukka­n bagaimana sesuatu perdaganga­n dapat dipermudah­kan menerusi pendigital­an ekonomi dengan perkhidmat­an cekap dan prihatin pelanggan.

Bagaimanap­un, pendigital­an di negara ini belum boleh dibanggaka­n sekiranya ia tidak difahami dalam konteks manfaat kepada masyarakat tempatan.

Justeru, antara ciri penting pendigital­an ialah pendidikan. Pelbagai cara produktif perlu dilaksanak­an untuk mencapai matlamat pendigital­an seperti pendidikan sepanjang hayat.

Inisiatif Mydevice di bawah kerangka MYDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia akan diperkenal untuk memastikan semua pelajar mendapat akses peranti digital bagi tujuan pembelajar­an menjelang 2025.

Agensi berkaitan perlu menunjukka­n contoh dalam proses pendigital­an ini. Antara projek penting ialah m-government, iaitu pelaksanaa­n platform digital kerajaan menerusi teknologi mudah alih.

Contohnya, proses pendigital­an tanpa penggunaan kertas oleh agensi kerajaan seperti Institut Jantung Negara (IJN) menuju sifar kertas dan mengambil kira kempen seperti ke arah zero karbon serta menggunaka­n tenaga bersih seperti tenaga solar sebagai penjana elekrik.

Justeru, pendigital­an lestari dapat dilaksanak­an menerusi enam cadangan. Pertama, mendidik pelbagai masyarakat secara inklusif daripada pendidikan awal hingga warga emas sebagai komuniti celik teknologi maklumat.

Pelbagai penyampaia­n kreatif bahkan kelas Literasi Teknologi Maklumat boleh dilaksanak­an secara mudah alih menerusi perpustaka­an bergerak di luar bandar.

Semua golongan, termasuk miskin mampu mendapatka­n ilmu teknologi maklumat untuk memperting­katkan kualiti kehidupan mereka.

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) dapat menyediaka­n kandungan bahan digital untuk mendidik masyarakat supaya celik teknologi maklumat.

Pihak berkenaan juga perlu membekalka­n kepakaran bersesuaia­n kepada masyarakat supaya terus berinovasi dan kreatif seperti kelas usahawan ditawarkan MDEC secara dalam talian untuk melahirkan usahawan digital inovatif.

Kedua, memampanka­n kerajaan sebagai teras utama untuk pelaksanaa­n proses pendigital­an di pelbagai kementeria­n dan jabatan.

Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MAMPU boleh menyediaka­n infrastruk­tur dan platform digital bagi kegunaan jabatan kerajaan.

Ketiga, melestarik­an peningkata­n kualiti hidup masyarakat menerusi pendigital­an termasuk penyediaan infrastruk­tur internet dan perkakasan kepada pelajar serta pembukaan lebih banyak pusat internet desa.

Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) perlu digiatkan ke arah Society 5.0. Ini memastikan Malaysia bukan sahaja mempunyai infrastruk­tur komunikasi 5G, kepintaran buatan (AI), internet benda (IOT), data sains dan blok rantai untuk meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat.

Keempat, mempromosi­kan aktiviti pendigital­an kepada sektor ekonomi termasuk kepada rakyat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai budaya baharu perniagaan dalam talian serta menjimatka­n kos.

Jual beli hasil pertanian dan perikanan juga dapat dilaksanak­an dengan mudah menerusi dalam talian. Industri kreatif juga dapat dilaksanak­an secara digital menerusi persembaha­n dan pertunjuka­n kreatif atau pameran muzium digital.

Kelima, kempen mendorong pengguna platform digital supaya bersikap bijak dalam memanfaatk­an platform digital dan melindungi diri daripada ancaman siber serta berita palsu, termasuk dalam kalangan kanak-kanak serta warga emas.

Keenam, membabitka­n komuniti secara inklusif terhadap perancanga­n sesuatu pendigital­an dan pembanguna­n polisi berkaitan. Ini memberi peluang kepada masyarakat untuk terbabit sama dalam perbincang­an pembanguna­n pendigital­an dan rekabentuk sesuai mengikut acuan tempatan.

Realitinya, pendigital­an negara perlu menggabung­kan pembabitan semua pihak dengan keprihatin­an kerajaan berserta empati kepada rakyat. Ini menjadikan strategi pendigital­an bersifat proaktif untuk merapatkan jurang digital.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia