Berita Harian

Budak 3 tahun maut tertinggal lebih 4 jam dalam kereta pengetua TADIKA

Pengetua TADIKA kena reman tiga hari bagi bantu siasatan

- Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bh.com.my

Sungai Petani: Seorang kanakkanak lelaki maut selepas lebih empat jam tertinggal dalam kereta seorang pengetua taman didikan kanak-kanak (TADIKA) di Taman Ria, di sini, kelmarin.

Mangsa, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi, 3, ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Proton Waja itu sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Susulan itu, pengetua terbabit direman selama tiga hari hingga 19 Mac ini, bagi membantu siasatan kes kematian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata perintah reman itu dikeluarka­n oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Aliff Abd Aziz, semalam.

Katanya, wanita berusia 49 tahun itu ditahan di TADIKA terbabit, tengah hari kelmarin, sejurus selepas polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Berdasarka­n siasatan awal, beliau berkata, pengetua itu dikatakan mengambil mangsa di rumahnya di Taman Ria pada jam 7.45 pagi.

Ketika itu, katanya, kanak-kanak berkenaan dikatakan berada dalam keadaan sihat dan diletakkan di tempat duduk belakang bahagian kiri kenderaan terbabit.

Sebelum itu, beliau berkata, pengetua berkenaan turut mengambil seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

“Namun sebaik sahaja tiba di TADIKA, seorang guru dikatakan mengambil kanak-kanak di tempat duduk penumpang hadapan itu dan terus masuk semula ke dalam premis.

“Pengetua itu kemudian terus meletak keretanya di luar kawasan TADIKA sebelum mematikan enjin kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Adzli berkata, siasatan juga mendapati ketika kejadian, mangsa berada di dalam kenderaan itu dengan keadaan pintu dan cermin bertutup, selain tiada ruang pengudaraa­n.

“Mangsa dipercayai berada dalam kereta itu antara jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

“Kejadian hanya disedari pada jam 12.15 tengah hari ketika pengetua itu hendak menghantar semula mangsa ke rumahnya, tetapi mendapati kanak-kanak terbabit tiada dalam kelas.

“Guru kelas memberitah­u mangsa tidak hadir ke TADIKA menyebabka­n pengetua itu bergegas ke keretanya sebelum mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, pengetua itu kemudian menghubung­i ambulans dan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun mangsa masih tidak sedarkan diri.

“Doktor mengesahka­n mangsa meninggal dunia sebaik saja tiba di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran ditemui pada kanak-kanak itu. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

“Susulan itu, polis menahan wanita berkenaan dan merampas kunci serta kereta Proton Waja miliknya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Azira Abdul Halim, 36, berkata naluri beliau dapat merasakan mangsa seperti menahan kesakitan sebelum meninggal dunia kerana nampak bibirnya kehitam-hitaman.

“Namun, saya reda dengan pemergiann­ya kerana Allah SWT hanya meminjamka­n arwah untuk kami sekeluarga sebelum dia pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Nor Azira berkata secara lazim, dirinya menghantar mangsa ke TADIKA, tetapi disebabkan bekerja di Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu, beliau meminta pengetua terbabit untuk mengambil anak bongsunya itu di rumah.

“Hari lain, saya hanya bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, termasuk menguruska­n anak sulung, Nurhana Sakinah Mohd Hafizi, 7, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Ria, Sungai Petani.

“Ketika kejadian semalam (kelmarin), saya sedang bertugas di bangunan Komtar, Pulau Pinang, sebelum bergegas pulang sebaik sahaja menerima panggilan mengenai anak pada jam 12.25 tengah hari,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi
Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia