Berita Harian

Prestasi saham mewah pacu bursa

Harga minyak mentah stabil bantu kaunter tenaga catat kenaikan terbesar

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam susulan kenaikan yang dicatatkan saham mewah daripada sektor tenaga, utiliti, perbankan dan pengguna yang menyokong dengan mengimbang­i penurunan dialami saham teknologi, penjagaan kesihatan dan berharga rendah.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran, meningkat 5.23 mata kepada 1,620.92 daripada 1,615.69 ketika dagangan ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks utama itu dibuka 3.93 mata lebih tinggi kepada 1,619.62 dan bergerak di antara 1,619.21 hingga 1,624.74 sepanjang dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 610 berbanding 586, manakala 406 kaunter tidak berubah, 593 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melepasi paras 10 bilion untuk untuk ditutup pada 10.29 bilion unit saham bernilai RM5.22 bilion daripada 9.64 bilion unit saham bernilai RM5.51 bilion pada Jumaat lalu.

Sektor teknologi mengalami tekanan selepas mencatatka­n kenaikan kukuh selama empat hari berturut-turut, mencermink­an penyusutan yang dialami saham syarikat teknologi di Komposit Nasdaq.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi pada Jumaat lalu memandangk­an petunjuk pasaran Purata Perindustr­ian Dow Jones meningkat 0.9 peratus apabila pelaksanaa­n program vaksin COVID-19 menunjukka­n kemajuan positif, tetapi turun naik dalam saham teknologi terus mengekang kenaikan S&P 500 (+0.1 peratus) dan mendorong Nasdaq susut (-0.6 peratus). bekalan minyak sayuran global, pengeluara­n yang lemah dan permintaan perayaan yang akan datang.

Pada penutup, kontrak hadapan MSM bagi Mac 2021 tidak didagangka­n dan kekal tidak berubah pada RM4,283 satu tan, April 2021 menyusut RM23 kepada RM4,251 satu tan, Mei 2021 tambah RM13 kepada RM4,138 satu tan, sementara Jun 2021 meningkat RM32 kepada RM4,020 satu tan.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 66,229 lot daripada 79,712 lot Jumaat lalu, sementara kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 256,845 kontrak daripada 271,861 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi Selatan Mac kekal tidak berubah kepada RM4,300 satu tan.

BERNAMA

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata peningkata­n dicatatkan bursa tempatan juga seiring bursa serantau Asia, dalam situasi prospek ekonomi bertambah baik selepas pakej bantuan pandemik AS diluluskan.

“Pemangkin positif lain ialah pengeluara­n perindustr­ian China yang lebih baik berbanding jangkaan apabila melonjak 35.1 peratus tahun ke tahun pada Januari dan Februari, menunjukka­n pemulihan ekonomi berada di landasanny­a.

“Justeru, tidak mengejutka­n apabila kaunter perbankan menjadi tumpuan pelabur hari ini,” katanya.

Beliau berkata, harga minyak mentah yang stabil turut mendorong lonjakan indeks tenaga sebanyak 1.6 peratus, sekali gus menjadikan­nya indeks sektor yang meraih kenaikan terbesar semalam.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM8.48, Maxis menambah 10 sen kepada RM4.63, CIMB menokok enam sen kepada RM4.53 dan Hong Leong Bank melonjak 20 sen kepada RM19.22.

Digi dan Sime Darby Plantation masing-masing meningkat tiga sen kepada RM3.68 dan RM4.90, manakala Axiata menokok dua sen kepada RM3.76.

TNB turun 14 sen pada RM10.66, sementara Top Glove dan Pchem masing-masing susut dua sen kepada RM5.18 dan RM8.25.

Bagi saham aktif, Lambo, XOX dan Airasia X masing-masing naik setengah sen kepada 3.0 sen, 7.5 sen dan 10.5 sen, manakala Widad melonjak 17.5 sen kepada 68 sen dan Asia Poly meningkat 6.5 sen kepada 38.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.68 mata kepada 11,884.81, FBMT 100 menambah 22.43 mata kepada 11,561.30 dan FBM Emas Syariah kurang 6.37 mata kepada 13,129.63.

FBM 70 menguncup 27.47 mata kepada 15,624.53 dan FBM ACE susut 39.05 mata kepada 10,626.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan melonjak 96.12 mata kepada 15,645.98, Indeks Perladanga­n meningkat 19.11 mata kepada 7,155.89 dan Indeks Barangan dan Perkhidmat­an

Perindustr­ian menambah 0.34 mata kepada 192.44.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 5.97 bilion saham bernilai RM4.1 bilion daripada 6.1 bilion saham bernilai RM4.53 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 361.20 juta unit bernilai RM61.89 juta daripada 405.30 juta unit bernilai RM73.80 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula meningkat kepada 3.96 bilion saham bernilai RM1.06 bilion daripada 3.14 bilion saham bernilai RM908.3 juta.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 1.55 bilion saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an perindustr­ian (1.26 bilion), pembinaan (418.17 juta), teknologi (1.05 bilion), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (107 juta), hartanah (614.41 juta), perladanga­n (43.06 juta), REIT (8.5 juta), dana tertutup (25,000), tenaga (518.04 juta), penjagaan kesihatan (53.70 juta), telekomuni­kasi dan media (87.35 juta), pengangkut­an dan logistik (165.90 juta) serta utiliti (93.91 juta). BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia