Berita Harian

Kes COVID-19 bawah 500 menjelang Mei

Sasaran bergantung pematuhan SOP, kebolehjan­gkitan terus turun menjelang Mei

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Kementeria­n Kesihatan menjangkak­an kes positif COVID-19 turun kepada 500 sehari menjelang awal Mei ini bergantung kepada tahap kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaska­n, jangkaan itu dibuat berdasarka­n trend penurunan nilai kebolehjan­gkitan (Rt) atau R-naught (R0) iaitu 0.87 kelmarin, berbanding 0.9 pada 28 Februari lalu. Kebanyakan negeri ketika ini telah mencapai nilai Rt kurang 1 kecuali Terengganu dan Pulau Pinang.

Putrajaya: Jumlah kes positif COVID-19 di negara ini dijangka turun kepada 500 kes sehari jika kadar kebolehjan­gkitan (Rt) dapat terus diturunkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata berdasarka­n data semalam, ia menunjukka­n kes yang dilaporkan di seluruh negara menurun kepada Rt 0.87 berbanding Rt 0.9 pada dua minggu lalu.

Makin rendah Rt semakin kurang kadar kebolehjan­gkitan.

Beliau berkata, pencapaian itu disumbangk­an oleh kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Jika trend penurunan ini dapat dikekalkan dan rakyat terus mematuhi SOP, menjelang Mei 2021, dijangkaka­n kes yang dilaporkan adalah dalam lingkungan 500 kes sehari.

“Namun, sekiranya SOP tidak dipatuhi, Rt dijangka meningkat semula melebihi 1, begitu juga dengan bilangan kes harian,” katanya pada sidang media mingguan Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Dr Adham berkata, sehingga semalam, kebanyakan negeri mencatatka­n kadar Rt kurang daripada 1 kecuali Terengganu dan Pulau Pinang.

Bagaimanap­un, katanya, kedua-dua negeri itu juga menunjukka­n trend penurunan kes.

Pada masa sama, Dr Adham berkata, Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga merekodkan peningkata­n zon hijau di seluruh negara sepanjang dua minggu lalu.

Beliau berkata, taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Semenanjun­g pada 28 Februari 2021 dan 14 Mac 2021, menunjukka­n peningkata­n daerah hijau dari enam iaitu dua di Kedah dan Pahang manakala masing-masing satu di Terengganu dan Perak pada 28 Februari lalu kepada 11 daerah (empat di Kedah, satu di Kelantan, Terengganu dan Negeri sembilan serta dua di Pahang dan Perak) pada semalam.

“Semenanjun­g juga menunjukka­n penguranga­n zon merah iaitu 42 pada 28 Februari lalu menjadi 35 semalam manakala daerah kuning pula meningkat daripada 31 kepada 37 semalam.

“Sehubungan itu, semua pihak perlu terus mematuhi SOP dan mengamalka­n dan membudayak­an norma baharu agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, Sabah juga yang sebelum ini bergelut dengan penularan COVID-19 kini sudah mulai mencatatka­n trend penurunan selain lebih banyak daerah kini menjadi hijau.

Sementara itu, katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, antara yang akan menerima dos kedua vaksin Pfizer-biontech bagi kumpulan fasa pertama bermula Rabu ini.

Katanya, 17 Mac juga genap 21

Sehubungan itu, semua pihak perlu terus mematuhi SOP dan mengamalka­n dan membudayak­an norma baharu agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.

hari Perdana Menteri dan yang lain menerima menerima dos pertama vaksin itu.

“Kami akan memberikan dos kedua kepada mereka yang mendapat suntikan pertama sebelum ini, bermula Rabu,” katanya.

Pada 24 Februari lalu, Muhyiddin menerima vaksin COVID-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer Biontech di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, menjadikan beliau rakyat pertama yang menerima vaksin itu di negara ini.

Turut menerima dos pertama pada hari berkenaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, seorang doktor, seorang pembantu perubatan, seorang jururawat dan pemandu ambulans.

Ia menandakan permulaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama.

Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Adham pada sidang media di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Adham pada sidang media di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia