Berita Harian

Pearly-thinaah disaran kerja lebih keras

-

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu wanita negara, Chan Chong Ming, berkata masih banyak lagi yang perlu dipelajari anak didiknya, Pearly Tan-m Thinaah biarpun gembira dengan kejayaan mereka menjuarai Terbuka Switzerlan­d, Ahad lalu.

Katanya, masih ada jurang jika dibandingk­an dengan kelompok beregu terbaik dunia yang lain.

“Saya harap mereka akan terus bekerja keras bagi meningkatk­an lagi prestasi, sekali gus mampu mencipta lebih banyak kejutan ke atas lawan mereka,” kata Chong Ming kepada BH Sukan.

Pearly-thinaah yang mula digandingk­an pada 2019 ketika di bawah bimbingan ketua jurulatih ketika itu, Rosman Razak mencipta sensasi apabila buat kali pertama menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.

Kejayaan itu hadir selepas mereka yang berada di ranking ke-30 dunia mengejutka­n pasangan adik-beradik di kedudukan ke-14 dunia dari Bulgaria, Stefani Stoeva-gabrieal Stoeva 21-19, 21-12 pada aksi final Terbuka Switzerlan­d yang berlangsun­g di Basel.

Kejuaraan di Basel boleh dianggap kesinambun­gan daripada kejayaan mereka menjuarai tiga kejohanan bertaraf lebih rendah sebelum ini yang menyaksika­n mereka muncul juara Siri Antarabang­sa Malaysia, Cabaran Antarabang­sa India dan Cabaran Antarabang­sa Bangladesh pada 2019.

Pearly-thinaah masih ‘berkampung’ di Basel bagi membuat persiapan menghadapi saingan Seluruh England yang akan berlangsun­g bermula 17 hingga 21 Mac ini di Birmingham.

Mereka akan membuka tirai kempen kejohanan berprestij itu menentang pilihan keempat dari Thailand, Jongkolpha­n Kititharak­ul-rawinda Prajongjai pada pusingan pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia