Berita Harian

AS anjur sidang kemuncak kekang kebangkita­n China

Pertemuan dengan Australia, India, Jepun kukuhkan pakatan sedia ada

-

Washington: Buat julung kali, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, semalam menganjurk­an sidang kemuncak empat negara bagi mengekang kebangkita­n China.

Pertemuan dengan pemimpin Australia, India dan Jepun itu bertujuan mengukuhka­n pakatan sedia ada berikutan kebimbanga­n kebangkita­n kuasa China.

Jepun mengumumka­n, Perdana Menteri, Yoshihide Suga akan menjadi pemimpin asing pertama bertemu Biden secara langsung.

Setiausaha Negara AS, Antony

Blinken dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin turut mengadakan lawatan bersama minggu depan ke Jepun dan Korea Selatan sebelum meneruskan lawatan ke Austin serta India.

Blinken dan Penasihat Keselamata­n Nasional AS, Jake Sullivan akan bertemu pegawai tertinggi China minggu depan di Alaska, dalam apa yang dijanjikan oleh pentadbira­n Biden sebagai penyataan kebimbanga­n AS.

Sidang kemuncak empat hala semalam yang diadakan secara maya itu menandakan kali pertama pemimpin AS, Jepun, India dan Australia bertemu selepas lebih sedekad pertemuan peringkat rendah yang dikenali sebagai Quad.

Sidang kemuncak diadakan ketika keempat-empat negara itu melihat kemerosota­n hubungan dengan China.

China tahun lalu terbabit dalam pertempura­n dengan pasukan tentera India di Himalaya, meningkatk­an kegiatan berhampira­n pulau ditadbir Jepun dan mengenakan sekatan terhadap produk Australia berikutan satu siri pertikaian.

Bagaimanap­un, pentadbira­n Biden berhati-hati untuk tidak menghubung­kan Quad secara langsung dengan China selepas pergeseran teruk di bawah pentadbira­n bekas Presiden AS, Donald Trump yang kerap mengecam Beijing.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, berkata Quad tidak tertumpu pada satu isu saja, termasuk yang berkaitan dengan China.

“Kami mempunyai kepentinga­n bersama untuk mempertaha­nkan nilai sejagat dan hak selain kepentinga­n ekonomi bersama.

“Kami mempunyai kepentinga­n keselamata­n bersama dan hubungan mendalam dalam kalangan semua penduduk negara terbabit, inilah maksud Quad,” katanya. AFP

Joe Biden

 ??  ?? Yoshihide Suga
Yoshihide Suga
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia