Berita Harian

AS kecam tindakan China di Hong Kong, Xinjiang

-

Washington: Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengecam campur tangan China di Hong Kong dan Taiwan, selain penindasan etnik Uighur serta minoriti lain di Xinjiang.

Tindakan itu kurang disenangi China dan dianggap mungkin memberi kesan kepada perjumpaan pegawai kanan tertinggi kedua-dua negara itu di Alaska pada 18 dan 19 Mac ini bagi membincang­kan isu terbabit.

Sehubungan itu, perbincang­an yang ‘sukar’ dijangkaka­n apabila isu pilihan raya di Hong Kong, penceroboh­an perairan Taiwan dan penindasan etnik minoriti di Xinjiang dibangkitk­an minggu depan.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki, berkata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Penasihat Keselamata­n Negara AS, Jake Sullivan pasti membangkit­kan isu itu ketika pertemuan dengan diplomat China nanti.

“Sama ada usaha menolak demokrasi di Hong Kong, penceroboh­an di Taiwan atau mengenai kebimbanga­n hubungan ekonomi, semua akan dibangkitk­an.

“Isu mengenai pembunuhan beramai-ramai etnik Islam Uighur dijangka menjadi antara topik utama perbincang­an dengan China minggu depan,” katanya.

China secara konsisten menafikan tuduhan mereka melakukan pembunuhan beramairam­ai di wilayah Xinjiang dan mengecam kritikan AS itu.

China mendakwa penggunaan kuasa veto bagi mengawal keputusan pilihan raya di Hong Kong dan kemelut dengan Taiwan adalah isu dalaman yang tidak memerlukan campur tangan asing.

Parlimen China kelmarin meluluskan draf keputusan untuk mengubah sistem pemilihan Hong Kong dengan mengurangk­an jumlah perwakilan yang dilantik secara demokratik.

Beijing memperkena­lkan mekanisme baharu membolehka­nnya menggunaka­n kuasa veto bagi memastikan barisan kepemimpin­an Hong Kong hanya dianggotai mereka yang ‘patriotik’ dan ‘setia’ kepada Parti Komunis China (CCP).

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, menyifatka­n peraturan baharu itu sebagai serangan langsung terhadap kuasa autonomi, kebebasan dan proses demokrasi Hong Kong.

“Saya jangka wujud kesukaran pada perbincang­an itu nanti,” katanya merujuk perbincang­an Blinken dan Sullivan dengan diplomat tertinggi China, Yang Jiechi dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Wang Yi di Anchorage, Alaska.

Ini adalah perbincang­an pertama membabitka­n pegawai peringkat tertinggi kedua-dua negara yang bertelagah, di bawah pentadbira­n Presiden AS,

Joe Biden.

Price berkata, Washington akan meneroka bidang kerjasama dengan China yang menjadi kepentinga­n AS, termasuk perubahan iklim, tetapi bertegas meminta Beijing berubah jika ingin memperbaik­i hubungan yang terjejas.

Perdana Menteri China, Li Keqiang, kelmarin berkata China dan AS mempunyai kepentinga­n bersama dalam pelbagai bidang kerjasama.

“Beijing berharap hubungan ini dapat berkembang dengan cara yang sihat, saling menghormat­i kepentinga­n teras, kerjasama menang-menang dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman,” katanya. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia