Berita Harian

Pesalah boleh ditahan tanpa perintah untuk siasat

-

Ipoh: Pewartaan ordinan bagi mengekang berita tidak benar berkaitan COVID-19 dan proklamasi darurat yang berkuat kuasa semalam, membolehka­n polis menahan pesalah tanpa perlu menunggu perintah untuk siasat (OTI) daripada Pejabat Pendakwa Raya (DPPO).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ia membolehka­n tindakan pantas diambil bagi menangani ancaman berita tidak benar, selain lebih memudahkan siasatan lengkap dikendalik­an.

Mengakui beliau sedar orang ramai seakan marah dengan polis sebab lambat mengambil tindakan terhadap berita tidak benar yang ditularkan sebelum ini, Abdul Hamid berkata, ia disebabkan kekangan undang-undang di bawah akta sebelum ini.

“Bukan lambat, tetapi ia disebabkan kekangan undang-undang di bawah akta sebelum ini yang mana kesalahan itu dikelaskan sebagai non-feasible offence (NFO). Disebabkan NFO, sebelum ini kita perlu dapatkan OTI dahulu daripada DPPO yang mana ia kadangkala mengambil masa sehingga seminggu.

“Tempoh mendapatka­n OTI yang mengambil masa mungkin sempat membakar semangat orang lain yang akhirnya membawa kepada perbalahan fizikal,” katanya pada sidang media pada Majlis Pemakaian Sayap Juruterban­g dan Penutupan Rasmi Kursus Private Pilot’s Licence (PPL) di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, semalam.

Abdul Hamid mengalu-alukan keputusan kerajaan mewartakan ordinan berkenaan yang menjadikan kesalahan berhubung berita tidak benar suatu kesalahan yang lazim untuk pelakunya ditangkap.

Katanya, tindakan lebih drastik juga akan diambil susulan pewartaan itu apabila anggota atau pegawai PDRM sendiri yang akan membuat laporan polis mengenai sesuatu berita tidak benar yang ditularkan berbanding sekadar menunggu laporan daripada orang awam seperti sebelum ini.

Penahanan pelaku kesalahan itu, katanya, membolehka­n keterangan pesalah diambil sebelum dibebaskan dengan ikat jamin bagi kes ringan, manakala bagi kes berat, pihaknya akan berusaha meyakinkan mahkamah agar tempoh reman pesalah dipanjangk­an sementara siasatan lengkap.

“Kita memang ada satu pasukan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dibantu satu unit khas yang diberi peranan memantau 24 jam berita berunsur menghasut, fitnah dan mencetuska­n kegemparan khususnya di media sosial. Selepas ini, kita sudah tidak lagi menunggu orang awam buat laporan.

“Sebaliknya, jika kita nilaikan ia sebagai kesalahan, kita sendiri buat laporan bagi membolehka­n siasatan dijalankan,” katanya.

Di ibu negara, persatuan Lawyers for Liberty (LFL) dalam kenyataan semalam, meluahkan kebimbanga­n ordinan itu boleh memberi kesan terhadap hak kebebasan bersuara di negara ini.

Koordinato­rnya, Zaid Malek, berkata walaupun ruang lingkup ordinan itu membabitka­n berita palsu berkaitan COVID-19 dan perisytiha­ran darurat, ia tidak mengurangk­an kesan buruk terhadap sistem demokrasi yang diamalkan.

“Sukar untuk memahami apa kepentinga­n awam yang dapat dipenuhi dengan membantutk­an perbincang­an mengenai COVID-19 dan perisytiha­ran darurat. Kami mendapati ordinan ini tidak mendefinis­ikan istilah ‘proklamasi darurat’ dan kekaburan mengenai perkara itu akan menyebabka­n pelaksanaa­n perintah darurat menjadi tidak konsisten.

“Ia juga akan meningkatk­an kemungkina­n penyalahgu­naan di tangan penguat kuasa atau pihak lain yang mempunyai kepentinga­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia