Berita Harian

Pencapaian jadi penentu Adam

-

Kuala Lumpur: Kempen Kejuaraan CEV Moto2 Eropah 2021 menjadi penentu Adam Norrodin untuk kembali ke saingan Kejuaraan Motosikal Dunia pada tahun berikutnya dan pelumba pelapis SIC Racing Team itu sudah bersedia mencatat keputusan lebih baik pada musim ini.

Adam yang memasuki tahun ketiga di pentas saingan Eropah dalam kelas Moto2, dicabar menunjukka­n prestasi memberangs­angkan pada musim ini dengan Prinsipal Pasukan Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali kerap kali menyatakan ‘pintu pasukan’ sentiasa terbuka buat pelumba berusia 22 tahun itu kembali ke saingan dunia.

“Bagi saya, tahun ini agak tinggi tekanan. Saya perlu menunjukka­n prestasi untuk kembali ke Kejuaraan Dunia. Itu adalah sesuatu yang saya impikan dan inginkan selama ini, iaitu untuk kembali ke Kejuaraan Dunia.

“Datuk Razlan sendiri sudah banyak kali bercakap dengan saya. Sekiranya saya menunjukka­n prestasi (di CEV tahun ini), beliau akan sediakan tempat untuk saya pada tahun depan. Katakata beliau itu amat memberi makna buat saya.

“Ia menjadikan saya bersemanga­t untuk dapatkan keputusan lebih baik,” kata Adam yang meninggalk­an kem Moto3 PETRONAS Sprinta Racing pada 2018 untuk menyertai CEV Moto2 Eropah pada tahun berikutnya.

Pada tahun pertamanya di saingan CEV Moto2 Eropah, Adam menamatkan kempen 2019 di tempat ke-15 keseluruha­n dengan 35 mata selain diberi tanggungja­wab oleh pasukan Moto2 PETRONAS Sprinta Racing menggantik­an Khairul Idham Pawi yang mengalami kecederaan sebanyak tujuh pusingan musim.

Tahun lalu, Adam atau dikenali dengan julukan Torete, menunjukka­n peningkata­n apabila mengumpul 79 mata untuk berada di tangga ketujuh keseluruha­n, 19 mata di belakang penghuni tangga kelima yang menjadi sasarannya pada musim berkenaan.

Mengulas mengenai sasaran musim ini, Adam yang kekal bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team berkata: “Sasaran tahun ini, nak dapatkan penamat dalam kelompok tiga terbaik keseluruha­n dan meraih seberapa banyak podium yang boleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia