Berita Harian

BTS setanding Michael Jackson, Madonna

-

Kumpulan K-pop sensasi, BTS sekali lagi mencipta sejarah apabila dipilih Bintang Pop Terhebat 2020 oleh Billboard, sekali gus setanding dengan penyanyi bertaraf legenda antarabang­sa, Michael Jackson dan Madonna.

Sebelum ini, kumpulan yang mencipta fenomena dunia menerusi lagu Dynamite itu dipilih sebagai artis K-pop paling berpengaru­h di seluruh dunia.

Mengikut laporan portal Soompi, Billboard menamakan BTS sebagai Bintang Pop Terhebat 2020 berdasarka­n pencapaian kumpulan sensasi yang meledak seiring penyanyi bertaraf dunia.

Pembantu Pengarang Eksekutif Billboard, Mia Nazareno berkata, tahap pengiktira­fan yang diberikan media barat kepada BTS sangat besar hingga melayakkan mereka setanding dengan penyanyi hebat lain.

“BTS adalah kumpulan Asia pertama muncul dalam senarai ini, sehebat bintang antarabang­sa lain.

“Walaupun karya diketengah­kan bukan bahasa Inggeris dan sering diletakkan dalam kategori ‘bahasa asing’, tahap pengiktira­fan terhadap BTS sangat luar biasa. Kumpulan ini turut dipilih Penghibur Tahun Ini oleh TIME.

“Dengan setiap pencapaian pada 2020, BTS membuatkan warga Amerika Syarikat tidak mampu menafikan kelayakan, selain Kpop semakin berpengaru­h dalam industri muzik global,” katanya.

Gelaran Bintang Pop Terhebat adalah menyambung tradisi Billboard untuk menobatkan selebriti paling menyinar sepanjang tahun, sejak 1981.

Antara nama yang tercatat dalam senarai ikonik itu termasukla­h Whitney Houston, Mariah Carey, Nirvana, Backstreet Boys, Britney Spears, Kanye West, Eminem, Beyonce, Justin Timberlake, Rihanna, Lady Gaga, Adele, Taylor Swift, Justin Bieber, Ed Sheeran, Drake dan Ariana Grande.

Billboard menyorotka­n pencapaian bersejarah BTS sepanjang 2020 termasukla­h menjadi artis K-pop pertama dicalonkan menerusi Anugerah Grammy, mendapat nombor satu dalam carta Hot 100 Billboard, lagu Korea pertama nombor satu dalam Hot 100 menerusi Life Goes On.

BTS terus menarik perhatian ramai selepas diumumkan antara penghibur yang bakal membuat persembaha­n di Anugerah Grammy pada 15 Mac depan. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia