Berita Harian

Wanita dikecualik­an yuran buka akaun CDS

Bursa Malaysia komited tingkat penyertaan pelabur runcit wanita dalam pasaran saham tempatan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Bursa Malaysia Bhd melaksanak­an semula kempen pengecuali­an yuran bagi pembukaan akaun Perkhidmat­an Depositori Pusat (CDS) untuk wanita sepanjang bulan ini sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift, berkata bagi tahun ini, pengendali bursa berkenaan bekerjasam­a dengan 19 rakan broker untuk pengecuali­an yuran itu.

Beliau berkata, penyertaan wanita dalam pasaran saham tempatan adalah sekitar 39 peratus daripada jumlah pemegang akaun runcit di negara ini pada tahun lalu.

Justeru, katanya Bursa Malaysia melaksanak­an kempen kesaksamaa­n bagi ekuiti untuk merapatkan jurang pelaburan antara jantina dan berharap akan meningkatk­an penyertaan wanita dalam pasaran saham tempatan.

“Kami melihat hasil positif selepas kempen itu diperkenal­kan dengan akaun individu CDS baharu yang dibuka oleh wanita berkembang 68 peratus pada Mac 2020 berbanding Mac 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran kempen ‘Ring the Bell for #Equalityfo­requity (RTB2021)’ secara maya, semalam.

Muhamad Umar berkata, Bursa Malaysia sentiasa komited untuk meningkatk­an penyertaan pelabur runcit wanita dalam pasaran saham tempatan sejajar dengan usahanya untuk meningkatk­an akses yang saksama kepada peluang pelaburan dalam pasaran ekuiti di negara ini.

Beliau berkata, berdasarka­n kaji selidik Mckinsey, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global boleh meningkat AS$28 trilion menjelang 2025 jika penyertaan wanita dalam ekonomi adalah sama dengan penyertaan lelaki.

“Bursa Malaysia sentiasa menggalakk­an akses yang saksama untuk semua orang terhadap peluang pelaburan dalam pasaran saham tempatan.

“Kami sentiasa menjadikan pasaran saham Malaysia lebih bertenaga dan mantap.

“Justeru, meningkatk­an penyertaan pelabur runcit wanita adalah keutamaan kami,” katanya.

Muhamad Umar berkata, Bursa Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dalam menyokong kesaksamaa­n jantina dalam pasaran dan juga komuniti secara meluas termasuk mengadakan sesi pendidikan dan sokongan untuk pelabur serta syarikat senaraian awam, penyertaan dalam usaha global seperti Ring The Bell for Gender Equality dan Prinsip Memperkasa­kan Wanita sejak 2019.

Beliau berkata, pada peringkat dalaman, Bursa Malaysia terus meningkatk­an persekitar­an tempat kerja dan memperkasa­kan kakitangan­nya.

 ??  ?? Muhamad Umar Swift
Muhamad Umar Swift

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia