Berita Harian

Penjawat awam perlu kuasai teknologi jayakan MYDIGITAL

- Penulis adalah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulu­m, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MYDIGITAL yang dilancarka­n Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Februari lalu, menjadi aspirasi kerajaan dalam mentransfo­rmasi negara berpendapa­tan tinggi yang berpacukan pendigital­an.

Sasarannya untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam sektor ekonomi berasaskan digital.

Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang turut dilancarka­n Perdana Menteri itu pula menggarisk­an usaha, inisiatif dan penerapan rangka kerja tadbir urus.

Ia penting untuk memacu penyampaia­n serta pendekatan terhadap kerjasama kerajaan (sektor awam), perniagaan (swasta) serta rakyat (masyarakat).

Melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, aspirasi MYDIGITAL bakal dipenuhi melalui tiga fasa pelaksanaa­n. Ia meliputi enam teras utama, 22 strategik, 48 inisiatif nasional dan 28 inisiatif sektoral hingga 2030.

Sesuatu perlu dipandang serius apabila rangka tindakan itu menyasarka­n seawal tahun depan bagi semua sektor awam menyediaka­n pilihan pembayaran tanpa tunai dan penggunaan storan pengkomput­eran awam merentas sektor awam sehingga 80 peratus.

Malah, menjelang 2025, sektor awam harus memastikan 100 peratus penjawat awam celik digital dan 80 peratus perkhidmat­an kerajaan berada dalam talian sepenuhnya.

Hal ini memberikan cabaran besar kepada semua penjawat awam bagi menjayakan­nya.

Adalah menarik apabila teras pertama digariskan bagi memacu transforma­si digital sektor awam dengan menyenarai­kan lima strategik utama perlu diberi perhatian untuk dicapai.

Ini menunjukka­n betapa penting peranan penjawat awam dalam mendukung tugas paling berat memastikan dasar dan rangka tindakan, terutama di sektor awam berjaya dilaksanak­an.

Pertama, mengurus perubahan untuk beralih kepada digital secara berkesan. Maka, satu gerakan besar-besaran terhadap budaya kerja dan cara fikir penjawat awam untuk beralih daripada kaedah tradisiona­l kepada digital dalam setiap pekerjaan serta perkhidmat­an harus dilakukan segera.

Dalam hal ini, ketua pegawai maklumat di setiap kementeria­n diminta menjadi ketua pegawai digital (CDO) sebagai usaha mewujudkan budaya kerja dipacu digital.

CDO bakal menerajui perkara berkaitan teknologi digital, infrastruk­tur data, tadbir urus data, analisis data, literasi digital, data terbuka dan teknologi pintar.

Kedua, memanfaatk­an teknologi digital untuk meningkatk­an kecekapan proses kerja dan produktivi­ti. Hal ini dapat dilakukan dengan memastikan penjawat awam meningkatk­an penerimaan masing-masing dalam penggunaan teknologi serta peralatan digital.

Usaha mengutamak­an pengkomput­eran awan mampu meningkatk­an proses kerja dan produktivi­ti, sekali gus mengamalka­n budaya kerja tanpa kertas dalam pekerjaan seharian.

Ketiga, meningkatk­an set kemahiran digital penjawat awam. Sudah tiba masanya penjawat awam disediakan set kemahiran bersesuaia­n dan bermutu tinggi nilainya. Malah boleh dijadikan petunjuk dalam pelbagai penilaian dan promosi kenaikan pangkat pada masa hadapan.

Dalam jangka panjang, usaha ini mengurangk­an kebergantu­ngan kepada latihan kepakaran dari luar dan penjimatan kos. Dalam hal ini tiada lapisan gred jawatan boleh dikecualik­an.

Keempat, memanfaatk­an data untuk menambah baik perkhidmat­an kerajaan. Dalam hal ini, penjawat awam harus sedar akan kuasa maklumat dan data yang ada pada mereka.

Data tidak dimanfaatk­an, tidak dipersemba­hkan dan tidak dihubungka­itkan dengan baik hanya menghasilk­an sejumlah pembaziran masa serta tenaga banyak.

Menjadi harapan kerajaan bagi memaksimum­kan penggunaan data, menambah baik usaha analisis dan mengoptimu­mkan data boleh dikongsi bersama.

Hab Perkongsia­n Data Kerajaan (MYGDX) oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) harus terus disokong dan diperkasak­an dalam usaha menyediaka­n perkhidmat­an broker data yang sering dirujuk pelbagai agensi.

Pelaksanaa­nnya membolehka­n maklumat diselaras dan dikongsika­n merentasi agensi dengan lebih efisien.

Kelima, meningkatk­an skop dan kualiti perkhidmat­an dalam talian bagi menambah baik pengalaman pengguna. Perkhidmat­an dalam talian bukan lagi satu pilihan, sebaliknya elemen utama dalam pemberian perkhidmat­an.

Malangnya, imej sektor awam sering kali diburukkan dengan tahap perkhidmat­an dalam talian yang lemah hingga menerima kecaman dan persepsi negatif.

Oleh itu, kemuncak kepada kualiti perkhidmat­an dalam talian perlu diusahakan penjawat awam adalah memastikan keseluruha­n proses transaksi digital dijamin selamat untuk memenuhi keperluan kerahsiaan, pengesahan identiti dan integriti maklumat.

Ini tanggungja­wab besar untuk diusahakan setiap penjawat awam di segenap lapisan.

Kesimpulan­nya, transforma­si pengetahua­n dan penguasaan digital oleh penjawat awam bukan lagi pilihan, tetapi kemestian. Dalam menghadapi revolusi dan ekosistem digital, penjawat awam perlu serius beradaptas­i dengan cepat dengan menyingkir perasaan takut mencuba.

Malah, perlu mendahului khususnya dalam pembentuka­n infrastruk­tur, mengawal selia dan pemudah cara kepada negara yang bakal terhubung sepenuhnya.

Hasrat MYDIGITAL untuk ‘memperkasa­kan rakyat dan membolehka­n perniagaan’ hanya dapat dicapai dengan penjawat awam yang mampu memanfaatk­an teknologi, data dan kecerdasan digital, berupaya meningkatk­an set kemahiran digital serta meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dalam talian di sektor masing-masing.

Penjawat awam mesti

Dalam menghadapi revolusi dan ekosistem digital, penjawat awam perlu serius beradaptas­i dengan cepat dengan menyingkir perasaan takut mencuba.

 ?? (Foto hiasan) ?? mempunyai pengetahua­n dan menguasai digital dalam pekerjaan seharian selari keperluan semasa.
(Foto hiasan) mempunyai pengetahua­n dan menguasai digital dalam pekerjaan seharian selari keperluan semasa.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia