Berita Harian

Vaksin beri harapan buka semula sempadan negara

-

Kuala Lumpur: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang berjalan, memberi keyakinan dan harapan terhadap hasrat pembukaan semula pintu masuk negara agar industri pelanconga­n yang suram dapat kembali rancak.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata terdapat beberapa negara di dunia yang rakyatnya sudah mengambil vaksin menyatakan kesediaan menerima kunjungan pelancong dari negara lain yang sudah divaksin dan Malaysia juga boleh mengikut langkah sama dengan membuka kembali pintu selepas program vaksinasi di negara ini selesai.

“Dengan adanya vaksin, kita menaruh keyakinan kerana ada negara yang telah ada vaksin, mereka menunjukka­n kesediaan untuk membuka ruang mereka kepada negara lain. Kita juga boleh menjadi benchmark dengan membuka ruang kita.

“Pada masa ini vaksinasi baru sahaja bermula. Dengan harapan bermulanya vaksinasi di negara kita, ia akan menjadi satu peluang untuk kita membuka semula ekonomi kepada negara luar,” katanya dalam segmen Setahun Malaysia Prihatin-sektor Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan Negara dalam program Selamat Pagi Malaysia, semalam.

Nancy berkata, di peringkat kerja MOTAC, ada perbincang­an dengan kementeria­n lain bagaimana merancang untuk membuka pintu masuk negara, termasuk inisiatif gelembung perjalanan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan negara terdekat, termasuk Singapura dan Brunei bagi menggalakk­an kedatangan pelancong.

Selain itu, Malaysia juga berhasrat untuk menjenamak­an diri sebagai Top of the Mind Ecotourism Destinatio­n of the World agar apabila orang berfikir tentang ekotourism, Malaysia akan menjadi negara pertama dalam fikiran.

Dalam perkembang­an berkaitan, MOTAC semalam menyenarai­kan premis seni, budaya dan warisan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang dibenarkan beroperasi.

Untuk maklumat lanjut tarikh dan waktu operasi serta SOP terperinci ke premis berkaitan, boleh melayari laman sesawang serta media sosial kementeria­n serta jabatan dan agensi terbabit.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia