Berita Harian

Tiada aduan kesan sampingan

Ada penerima dos pertama alami kesakitan biasa di tempat suntikan

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang aduan atau maklumat mengenai kesan sampingan teruk dialami sejumlah 139,720 penerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ada antara penerima mengalami kesan sampingan yang biasa dialami oleh mana-mana penerima vaksin seperti kesakitan pada lengan yang disuntik dan situasi itu tidak membimbang­kan.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, Khairy berkata, setakat jam 2 petang semalam lebih 10 peratus daripada rakyat Malaysia, iaitu 3,852,934 sudah mendaftar untuk menerima vaksin menerusi aplikasi Mysejahter­a.

Selain menerusi Mysejahter­a, orang ramai boleh mendaftar mendapatka­n vaksin menerusi laman sesawang www.vaksincovi­d.gov.my dan talian ‘hotline’ yang mula beroperasi 5 Mac lalu.

Khairy juga berkata, 221,819 daripada mereka yang mendaftar sudah mendapat tarikh temu janji bagi mendapatka­n vaksin fasa pertama program imunisasi itu.

“Kita juga sudah menerima 86,775 bebuli vaksin Pfizer-biontech, bersamaan dengan 520,650 dos setakat ini.

“Lima daerah yang paling tinggi melaksanak­an pemberian vaksin COVID-19 setakat ini ialah Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuching, Kuantan dan Kota Kinabalu, manakala negeri tertinggi sudah menjalanka­n program vaksinasi ialah Sarawak sebanyak 22,140; Pahang (14,473); Selangor (12,336); Kelantan (11,927) dan Sabah (11,739).

“Untuk pelalian fasa pertama, kita yakin semua 571,802 petugas barisan hadapan yang sudah disenaraik­an akan mendapat dos pertama pada akhir Mac,” katanya.

Kerajaan juga berharap pendaftara­n untuk vaksin COVID-19 akan melebihi lima juta dalam tempoh dua minggu lagi terutama selepas aplikasi Mysejahter­a mempunyai fungsi untuk mendaftark­an tanggungan termasuk ibu bapa bermula 12 Mac ini.

Mengenai keselamata­n vaksin COVID-19, Dr Adham berkata, kerajaan akan memastikan mana-mana vaksin yang sudah mendapat kelulusan bersyarat Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA), selamat untuk diberikan kepada orang ramai.

“Setakat ini pemberian kelulusan

Putrajaya: Fasiliti Kementeria­n Kesihatan (KKM) mampu mengendali­kan pemberian vaksin COVID-19 kepada jemaah haji Malaysia jika ibadah haji dibenarkan tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya, Malaysia masih menunggu kuota haji yang akan diumumkan Kerajaan Arab Saudi dan jika dibenarkan, jumlah jemaah dijangka antara 30,000 bersyarat itu sangat meyakinkan dan boleh teruskan dengan pemberian vaksin yang mendapat kelulusan bersyarat daripada NPRA,” katanya menjawab soalan mengenai tindakan Austria yang menangguhk­an sementara pemberian satu kelompok vaksin keluaran Astrazenec­a.

Beliau juga berkata, pengamal perubatan swasta bakal terbabit pemberian vaksin COVID-19 pada fasa kedua dan ketiga program imunisasi mulai April dan Mei ini.

Untuk itu, Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sudah melantik Protect Health Corp Sdn Bhd, satu agensi diperbadan­kan bawah KKM pada 19 Disember 2016 sebagai pelaksana pengamal perubatan swasta dalam program itu. Pelantikan ini berdasarka­n pengalaman hingga 50,000, iaitu satu kumpulan untuk proses vaksinasi mudah dilaksanak­an KKM.

Bercakap pada sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai program imunisasi itu semalam, Dr Adham berkata, jemaah haji Malaysia akan diberikan vaksin, sama ada Pfizer-biontech atau Sinovac dan kemungkina­n Astrazenec­a dan keupayaan Protect Health dalam mendaftar, menyelaras, memantau kualiti dan menguruska­n pembayaran kepada pengamal perubatan am swasta bagi Skim Peduli Kesihatan B40 (PEKAB40).

“Skop tugas Protect Health yang akan dilaksanak­an termasuk mendaftark­an pengamal perubatan am swasta, menguruska­n pembayaran, memberi manual serta memantau aktiviti vaksinasi yang dijalankan.

“Pengamal perubatan swasta yang berminat menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi fasa kedua dan ketiga perlu berdaftar bermula hari ini (semalam) melalui www.protecthea­lth.com.my dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Dr Adham Baba

jika ia sampai ke Malaysia lebih awal di sebalik jangkaan pada suku kedua tahun ini.

Beliau berkata, pemberian vaksin Pfizer-biontech boleh mula diberikan kepada jemaah haji bermula Mei ini kerana ia memerlukan dua dos sebelum mereka memulakan perjalanan ke Makkah yang dijangka pada pertengaha­n Jun jika Arab Saudi membenarka­n kemasukan jemaah luar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia