Berita Harian

Ada kemajuan penyertaan wanita dalam politik, kerajaan

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengakui terdapat kemajuan ketara penyertaan wanita dalam kerajaan, ekonomi dan politik di Malaysia.

Kemajuan ketara itu dilihat dalam sektor pendidikan dan latihan, penyertaan tenaga kerja dan ekonomi serta peningkata­n taraf kesihatan dan perwakilan.

Dalam satu kenyataan semalam, SUHAKAM memaklumka­n, perkembang­an itu dilihat melalui pelantikan lebih ramai wanita ke jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta ketua pegawai eksekutif syarikat tersenarai awam (PLC).

“Peranan wanita sebagai penggubal undang-undang, hakim, pegawai kanan dan jawatan tertinggi dalam sektor kerajaan juga mencatatka­n peningkata­n,” kata suruhanjay­a berkenaan.

Bagaimanap­un, katanya, Statistik Pemerkasaa­n Wanita dalam Domain Terpilih Malaysia 2020 melaporkan wanita mencatat skor terendah dengan lapan negeri mencatatka­n skor di bawah paras kesaksamaa­n nasional bagi aspek penguasaan politik.

“Pandemik COVID-19 memburukka­n lagi ketidaksam­aan dan halangan sistemik sedia ada terhadap keterlibat­an dan kepemimpin­an wanita.

“Ia juga membawa halangan baharu apabila wanita rentan menjadi mangsa peningkata­n keganasan rumah tangga, hilang pekerjaan, tidak dibayar atau penguranga­n gaji, kemiskinan dan ada antaranya mengalami kesukaran menyedia keperluan asas bagi keluarga di bawah jagaan mereka.

“Walaupun inisiatif sedang dijalankan kerajaan untuk memajukan hak asasi wanita harus dipuji dan mendatangk­an kesan positif, masih terdapat jurang perlu ditangani bagi membolehka­n mereka mendapat peluang saksama dengan lelaki,” katanya.

Dalam pada itu, SUHAKAM turut mengingatk­an kepentinga­n wanita untuk memiliki penyertaan saksama dan menyeluruh bagi jawatan pembuat keputusan di setiap aspek kehidupan.

Katanya, ia selari dengan tema sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2021, ‘Wanita dalam Kepemimpin­an: Mencapai Masa Depan Saksama dalam Dunia COVID-19’ serta usaha ke arah pemulihan daripada pandemik itu.

“Setiap lapisan masyarakat perlu bekerjasam­a bagi memperkasa­kan wanita mempertaha­nkan hak dan meningkatk­an potensi kepemimpin­an secara sepenuhnya dalam ketersedia­an dan maklum balas pandemik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia