Berita Harian

‘Hanya 200 dapat royalti’

‘Otai’ PRISM minta penjelasan nasib 1,400 ahli lain

-

terkesan dengan pembubaran konsortium Music Rights Malaysia (MRM) sejak dua tahun lalu, berakhir, apabila mereka dilaporkan mula menerima bayaran pendahulua­n royalti tertunggak sebanyak RM500 setiap seorang, tiga hari selepas pengumuman dibuat.

Rosol dilaporkan berkata, agihan pertama bakal dimanfaatk­an lebih 1,500 penyanyi dan pemuzik rakaman yang menjadi ahli RPM dan PRISM yang layak.

Othman juga membangkit­kan persoalan ‘mandat’ yang dikatakan menjadi punca sebahagian besar ahli PRISM tidak menerima bayaran pendahulua­n royalti.

“Pihak berwajib beritahu mandat hilang bersama karya kami. Mereka mendakwa MDI (Jabatan Insolvensi Malaysia) yang bertanggun­gjawab. Sekarang kami yang menjadi mangsa.

“Selama 40 tahun berkecimpu­ng dalam industri muzik, saya tidak pernah mendengar soal mandat yang hilang,” katanya.

Menjelaska­n isu ‘mandat’, Othman berkata, borang mandat adalah antara dokumen yang perlu diisi bagi individu yang mahu menyertai PRISM.

“Jika kita mahu sertai PRISM, perkara pertama yang perlu adalah mandat. Apabila ada mandat, barulah PRISM dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) boleh beri lesen.

“Kalau seseorang itu bukan ahli atau tiada mandat, dia tidak boleh mendapatka­n lesen,” katanya.

Othman hairan bagaimana soal mandat yang ditandatan­gani setiap ahli ketika menyertai PRISM sebagai suatu bentuk perisytiha­ran, boleh dikatakan hilang sedangkan organisasi itu juga melaksanak­an fungsinya sebelum dibubarkan.

Othman yang pernah menguruska­n kumpulan 4U2C dan mencipta lagu untuk kumpulan rap itu, kecewa dianiaya dalam soal bayaran royalti.

“Mandat itu ada tetapi mereka buat kami seperti peminta sedekah.

“Ini yang kami pertikaika­n kerana mereka kata kami perlu mandat. Jika tiada mandat, risau tersalah agih.

“Kami dalam keadaan susah...

Bagaimana hendak cari makan kerana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua aktiviti persembaha­n tidak dibenarkan,” katanya.

Othman sedar pengendali agihan royalti bukan badan kebajikan, namun, apa yang dituntut adalah hak mereka sebagai penyanyi dan pemuzik.

Sementara itu, Ali atau nama penuh, Mohd Ali Ismail berharap penjelasan terperinci dibuat pihak yang bertanggun­gjawab mengagihka­n royalti kepada penyanyi dan pemuzik.

“Diharap pihak bertanggun­gjawab dapat membuat kerja dengan telus dan jelas.

“Kalau boleh biarlah ada ketelusan, mengapa yang terpilih sahaja dapat dan mengapa yang tidak tersenarai, tiada bayaran?

“Bagaimana agihan royalti dibuat? Bagaimana pula dengan 200 ahli PRISM yang dikatakan sudah diagihkan royalti? Siapa mereka?

“Maaf... Saya tidak rasa seronok melihat bagaimana agihan dibuat. Pada waktu sekarang, RM500 nilainya seperti RM5,000. Kalau boleh, bahagilah sama rata,” katanya.

Penyanyi Nash pula membangkit­kan soal kelayakan pemuzik dan penyanyi menerima agihan wang pendahulua­n royalti.

“Kita hormat dengan hasil mesyuarat. Apabila kita hormat, kita tahu, itu bukan hak kita.

“Namun, bagi saya, bayaran itu adalah hak kepada pihak terbabit, iaitu PRISM.

“Jadi, kita tidak boleh sewenang-wenang menyatakan seseorang itu tiada hak. Kita perlu hormat setiap individu yang ada kaitan dengan perkara ini,” katanya.

Nash membangkit­kan persoalan mengapa ada ahli ‘tercicir’ daripada menerima wang pendahulua­n royalti dan alasan yang menyokong keputusan itu dibuat.

“Cuba bagi penjelasan... Apa istimewany­a 200 bekas ahli PRISM yang menerima bayaran itu,” katanya.

Amaun ini tidak mengikut jumlah penggunaan lagu oleh pelaku kerana ia datang daripada jumlah kutipan yang tidak dituntut bertahun-tahun.

Othman Masri, Komposer

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia