Berita Harian

Rakyat China mahu lihat dulu kesan ambil vaksin

Kadar suntikan rendah dikhuatiri rencat usaha capai imuniti kelompok

-

Beijing: Penduduk di China menerima tawaran suntikan vaksin daripada pelbagai sumber, namun kebanyakan­nya mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

Pengurus sumber manusia, Shirley Shi, yang antara mengambil pendirian sedemikian mengakui menerima tiga tawaran suntikan vaksin COVID-19, masing-masing dari tempat asal, kediaman di Beijing dan pejabatnya.

“Saya nak lihat kemungkina­n sebarang kesan sampingan dulu,” katanya.

Menerusi perintah berkurung dan saringan berskala besar membabitka­n jutaan individu, China melakar kejayaan dalam mengawal pandemik COVID-19 selepas ia mula menular pada penghujung 2019 lalu.

Bagaimanap­un, usaha untuk memberikan suntikan vaksin kepada negara yang mempunyai jumlah penduduk teramai di dunia itu berdepan situasi berbeza.

Shi berkata, bekalan vaksin di China tidak sukar diperoleh, namun isunya ketika ini ialah tiada keperluan mendesak untuk mendapatka­n suntikan pelalian berkenaan.

“Dengan kejayaan China mengawal penularan pandemik ini secara domestik dan tiada perancanga­n untuk ke luar negara, tiada keperluan untuk ambil suntikan vaksin,” katanya.

Pakar pulmonolog­i, Zhong Nanshan, berkata China berhasrat

Dengan kejayaan China mengawal penularan pandemik ini secara domestik dan tiada perancanga­n untuk ke luar negara, tiada keperluan untuk ambil suntikan vaksin.

untuk memberikan suntikan imunisasi kepada 40 peratus daripada keseluruha­n 1.4 bilion pendudukny­a, menjelang Jun.

Matlamat itu bagaimanap­un hanya mampu dilaksanak­an sekiranya kadar suntikan vaksin kepada penduduk ditingkatk­an, memandangk­an sekadar 3.5 peratus daripada keseluruha­n penduduk ketika ini menerima pelalian.

Berdasarka­n perangkaan Our World in Data, kadar itu jauh berbanding liputan di United Kingdom, iaitu 32.99 suntikan bagi setiap 100 orang dan Amerika Syarikat (25.42).

Pengarah Program Asia di Institut Montaigne, Mathieu Duchâtel, berkata keperluan mendesak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang berlaku di negara Barat tidak seperti di China.

Kadar penerimaan suntikan yang rendah di China dikhuatiri bakal merencatka­n usaha untuk mencapai imuniti kelompok.

Pakar penyakit berjangkit China, Zhang Wenhong, berkata China perlu memberikan suntikan sebanyak 10 juta dos setiap hari, dalam tempoh tujuh bulan bagi mencapai nilai ambang keberkesan­an pelalian.

Bagaimanap­un, perangkaan semasa menunjukka­n hanya sekitar 52.5 juta dos suntikan diberikan kepada penduduk di China, setakat penghujung Februari lalu.

Shirley Shi,

Pengurus sumber manusia

 ?? (Foto AFP) ?? Kakitangan kesihatan mengambil sampel ujian COVID-19 seorang wartawan sebelum berlangsun­g sidang media sesi keempat Kongres Rakyat Nasional ke-13 di Beijing, semalam.
(Foto AFP) Kakitangan kesihatan mengambil sampel ujian COVID-19 seorang wartawan sebelum berlangsun­g sidang media sesi keempat Kongres Rakyat Nasional ke-13 di Beijing, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia