Berita Harian

Kerja baik pulih kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang dipendekka­n

-

Husaini Husin

Georgetown: Kerja baik pulih kabel elektrik yang terbakar di bawah Jambatan Pulau Pinang dipendekka­n seminggu dari jadual asal 118 hari berikutan kerja menanggalk­an struktur sokongan kabel dan kabel yang rosak dapat disiapkan dalam tempoh empat hari sahaja, berakhir malam.

Dalam satu kenyataan semalam, Tenaga Nasional Bhd (TNB) memaklumka­n berdasarka­n jadual terkini, tempoh kerja pembaikan adalah 112 hari sahaja.

Katanya, pemegang konsesi jambatan berkenaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menyegerak­an siasatan terhadap keadaan struktur dan kerja baik pulih jambatan yang dijangka mengambil masa dua bulan, mulai hari ini.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Husaini Husin, berkata kerja baik pulih kabel 132kv yang terbakar di Kilometer 3.2, Jambatan Pulau Pinang antara lain merangkumi penggantia­n tiga litar kabel yang musnah terbakar dengan kabel baru sepanjang kira-kira 100 meter.

Selain itu, TNB juga akan membuat kerja merentang kabel, penyambung­an kabel dan penggantia­n struktur sesalur kabel yang musnah terbakar.

“Kaedah pelaksanaa­n kerja oleh pihak TNB tidak mengganggu aliran trafik Jambatan Pulau Pinang. Akses kerja adalah melalui laut dan menggunaka­n ‘barge’ daripada mula sehingga akhir pada 23 Jun 2021,” katanya.

Mengenai punca kebakaran kabel pada 22 Februari lalu, Husaini berkata, laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia Pulau Pinang bertarikh 5 Mac menyatakan berlaku arka elektrik pada kabel di Km3.2 dan terkena kayu pelantar menyebabka­n pemanasan setempat, seterusnya berlaku kebakaran.

Katanya, berdasarka­n maklumat itu, kejadian kebakaran bukan secara semula jadi atau khianat.

Bagaimanap­un, beliau berkata, TNB dan pihak lain yang berkaitan, masing-masing menjalanka­n siasatan secara berasingan bagi mengenal pasti penyebab pancaran arka itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia