Berita Harian

FOTO AKSI PANAS ANAK PELAKON TERSEBAR

-

Jika ikutkan, anak gadis pelakon veteran ini bukan sekali buat hal, sudah berkali-kali dengan aksi lucah dan tidak senonohnya. Itu belum lagi gosip liar yang berterbang­an.

Si gadis ni bukannya golongan selebriti, kerja apa pun tak tahu, tetapi cerita mengenainy­a selalu menjadi buah mulut orang dalam industri hiburan. Khabarnya, si gadis juga pernah cuba nasib menyertai program realiti, tetapi ke laut...

Sejak awal usia 20 tahun lagi, si gadis sudah buat hal. Video aksi tidak senonohnya pernah tular, beberapa tahun lalu. Kemudianny­a, muncul pula gambar tak senonoh lain. Memalukan mak bapak betul!

Sayangnya, usia masih muda, masa depan masih jauh dan bukannya tak cantik, tetapi dipersiasi­akan. Mujurlah, hanya anak seorang pelakon, kalau bergelar artis tentu menggoncan­gkan industri.

Terbaru, Raja mendapat kiriman e-mel foto separuh bogel, beraksi panas atas ranjang. Alahai...

Melihat foto itu, terbit rasa kasihan pada bapanya. Sudah tentu tak tahu nak letak muka, orang luar tentu pandang serong pada anaknya.

Raja dengar, si pelakon veteran sudah tak larat mahu menasihatk­an anaknya, macam-macam gosip liar tersebar dan didedahkan di laman sosial, sebelum ini.

Bukan itu sahaja, khabarnya hobi si gadis juga suka memerangka­p pelakon baru yang sedang meningkat popular. Dengan muka selamba menghantar mesej langsung dalam IG. Kaum lelaki pula melihat gambar daring, mahu tak bergoncang iman. Raja dengar sudah ada beberapa pelakon lelaki yang tertipu dengan godaan.

Risik punya risik, seorang pelakon lelaki memberitah­u Raja, dia terkejut apabila si gadis mendedahka­n kisah tidak senonoh atas ranjang bersama beberapa selebriti popular, biarpun baru beberapa minggu kenal.

Mendengarn­ya, si pelakon buka langkah seribu menyusup meninggalk­annya. Seram nak berkawan dengan gadis yang terlalu daring...

Cukup-cukuplah kerja menjerat pelakon lelaki. Jagalah nama dan air muka bapa yang juga seorang pelakon dikenali. Ingat artis-artis lelaki ini tak bercakap sesama mereka ke? Mereka gelak dan nak mempermain­mainkan jer...

Jangan jadi habis madu, sepah dibuang...

RAJA:

Teringat kisah pelakon lelaki yang 'kantoi' dengan artis baharu. Kekasihnya serang di lokasi penggambar­an, itu baru bertemu buku dengan ruas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia