Berita Harian

Shahrel mahu ambil semangat Safee

Penyerang baharu Selangor bakal sarung jersi nombor 10

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang baharu Selangor, Shahrel Fikri Md Fauzi mahu ‘menyerap’ semangat bekas penggempur prolifik pasukan itu, Safee Sali selepas bakal menyarung jersi nombor 10, musim depan.

Mengakui Safee sebagai idolanya, penyerang kebangsaan itu mengharapk­an dia dapat ‘membawa’ jersi nombor 10 itu dengan baik sekali gus dapat membantu The Red Giants merencana kejayaan pada musim baharu nanti.

“Safee memang idola saya kerana kita tahu dia ‘meletup’ apabila mewakili negara di Piala AFF. Jadi, apabila dia bermain bersama Selangor, mungkin di situ dia menjadi bertambah baik dan dapat membantu skuad negara.

“Sebenarnya saya mahu kekal dengan jersi nombor 19 tetapi rakan saya, Norhakim Hassan pun memakai nombor sama. Tahun depan adalah tahun kebangkita­nnya, jadi biarlah dia memakai jersi nombor 19 untuk semangatny­a.

“Jadi, saya pilih jersi nombor 10. Mungkin nombor 10 itu tanggungja­wab berat dan memakai nombor 10 ibarat macam Safee. Saya harap dapat bawa nombor 10 dengan Selangor dan membina nama bersama pasukan ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, bekas penyerang Perak itu menyifatka­n Safuwan Baharudin sebagai pemain yang paling sukar untuk ditentang apabila mereka bertemu sebelum ini.

Namun, dengan mereka kini sudahpun menjadi rakan sepasukan, Shahrel yang mesra disapa Eky itu menyifatka­n mereka berdua boleh bekerjasam­a untuk membentuk gandingan mantap.

“Pemain paling sukar adalah Safuwan kerana kita tahu dia pemain import ASEAN. Setiap kali saya mahu mencabar bola pertama, dia akan menang, jadi susah untuk bertanding di udara dengannya.

“Itulah kelebihann­ya tetapi kini kami sudah menjadi rakan sepasukan dan kehadirann­ya di bahagian tengah nanti, mungkin kami boleh buat gandingan mantap,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Safee Sali
Shahrel Fikri
Safee Sali Shahrel Fikri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia