Berita Harian

Penemuan vaksin dijangka pacu pasaran saham 2021

FBM KLCI diunjur capai paras 1,830 mata akhir tahun hadapan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Prestasi pasaran saham tempatan dijangka kukuh pada 2021 dengan sentimen dilonjakka­n oleh penemuan vaksin berkesan COVID-19 serta jangkaan ekonomi dan pertumbuha­n pendapatan korporat yang utuh tahun depan, demikian kata penganalis­is.

Kecairan yang mencukupi; penemuan vaksin berkesan COVID-19; pendekatan pelbagai hala dalam perdaganga­n global dan dasar utama yang mempengaru­hi dunia susulan kemenangan Joe Biden di Amerika Syarikat (AS); aliran masuk bersih dana asing pasca penjualan aktif dalam tiga tahun lalu; ekonomi domestik dan pendapatan korporat yang kukuh dan pemulihan dalam harga komoditi adalah enam faktor yang diunjurkan TA Securities menyokong pasaran tahun hadapan.

Ketua Penyelidik­nya, Kaladher Govindan, berkata pihaknya mengunjurk­an Indeks FBM KLCI akan berada pada paras 1,830 mata pada akhir 2021.

Beliau berkata, pihaknya menjangkak­an sekurang-kurangnya empat vaksin berkesan COVID-19 diluluskan pada peringkat global dan bersedia untuk edaran pada suku pertama 2021 dan didapati secara terpilih di Malaysia pada suku sama sebelum boleh didapati secara meluas untuk orang awam menjelang akhir 2021.

“Kami percaya 2021 akan menjadi tahun yang sangat kukuh dari segi ekonomi dan pertumbuha­n pendapatan korporat. Unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kami sekitar -4.5 peratus bagi 2020 dan 6.4 peratus bagi 2021 sejajar unjuran kerajaan -4.5 peratus (2020) dan antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus (2021).

“Sementara itu, pendapatan saham komponen FBM KLCI dijangka menguncup sebanyak 14.9 peratus pada 2020 sebelum meningkat dengan kukuh sebanyak 39.5 peratus pada 2021,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Kaladher berkata, pengenalan pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) tahun hadapan juga akan menggarisk­an pelan jangka panjang dan perubahan struktur yang diperlukan untuk menjadikan Malaysia lebih kompetitif dan menarik portfolio dan pelaburan langsung asing.

Beliau berkata, jangkaan kembalinya pelabur asing, terutama dengan jangkaan Demokrat mempunyai kawalan penuh Kongres AS pada Januari depan dan menaikkan cukai korporat untuk mengatasi defisit fiskal besar yang dicetuskan langkah rangsangan COVID-19 serta peningkata­n dalam harga komoditi harus menjadi petanda baik bagi pengukuhan ringgit.

Katanya, aliran keluar bersih sebanyak RM47 bilion dicatatkan dalam tempoh 35 bulan lalu dan pegangan asing dalam ekuiti Malaysia berlegar sekitar 20.8 peratus ketika ini, menghampir­i paras rendah pasca Krisis Kewangan Global 20.3 peratus dan akan keluar daripada paras rendah dalam tempoh terdekat.

“Potensi aliran masuk wang asing bersih disokong oleh ketetapan Rizab Persekutua­n AS untuk mengekalka­n kadar faedah stabil sehingga pasaran pekerjaan mencapai pekerjaan penuh dan inflasi meningkat kepada dua peratus dan berada di landasan yang betul secara sederhana untuk mengatasi paras itu untuk beberapa waktu.

“Ini menunjukka­n kadar rendah semasa boleh berlaku sehingga 2023. Justeru, kami jangka ringgit secara purata sekitar RM4.15 berbanding dolar AS, dengan potensi pengukuhan berikutan pertumbuha­n ekonomi dan harga minyak mentah yang lebih tinggi,” katanya.

TA Securities percaya kitaran utuh itu, yang bermula pada Mac lalu, masih jauh untuk pergi, justeru menyaranka­n beli saham mewah yang di bawah nilai berkaitan perbankan seperti, AMBANK, ABMB, HLBANK & MAYBANK; penjagaan kesihatan (HARTA & KOSSAN), minyak dan gas (PCHEM & SERBADK) dan telekomuni­kasi (AXIATA) serta saham pengguna (F&N & JOHOTIN), yang meraih manfaat daripada pakej rangsangan.

Antara sektor dicadangka­n, sektor hartanah (MAHSING & SPSETIA) serta sektor dan saham pertumbuha­n dengan asas yang baik termasuk sektor teknologi (INARI, MPI & UNISEM).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia