Berita Harian

‘Tanah dijual ketika pentadbira­n PH’

-

Kuala Lumpur: Penjualan tanah di persimpang­an Jalan Klang Lama dan Jalan Kuchai di sini, antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat Kunci Muhibah Sdn Bhd dilaksanak­an ketika pentadbira­n kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa, berkata perkara itu berdasarka­n semakan awal yang mana penjualan dipersetuj­ui pada 2017 dan beliau tidak membuat sebarang tuduhan tidak berasas, sebaliknya berdasarka­n fakta.

“Daripada maklumat awal transaksi jual beli berlaku ketika kerajaan PH dan saya berjanji menyemak maklumat lebih lanjut supaya tidak timbul salah fakta serta kekeliruan,” katanya pada sidang media di Parlimen selepas menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 kementeria­nnya, semalam.

Ketika penggulung­an itu, berlaku pertikaman lidah mengenai isu itu antara beliau dengan Khalid Samad (Ph-shah Alam) apabila beliau membangkit­kan kelulusan penjualan tanah berlaku ketika Khalid menjadi Menteri

Wilayah Persekutua­n.

Khalid yang mencelah penggulung­an mencabar Annuar mengulangi dakwaannya di luar Dewan Rakyat kerana di dalam dewan, menteri mempunyai imuniti sebagai wakil rakyat untuk mengemukak­an sebarang kenyataan.

Annuar berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan, sebaliknya menyatakan perkara yang benar.

Katanya, maklumat melalui Jabatan

Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n mengesahka­n penjualan tanah kerajaan kepada DBKL pada 2017.

“Kemudian DBKL menandatan­gani (perjanjian) jual beli dengan syarikat Kunci Muhibbah bernilai RM14,852,485.20. Saya difahamkan DBKL ada kaedah sendiri menilai nilai tanah dan harga jualan,” katanya.

Beliau berkata, pendaftara­n hak milik tanah yang dijual itu dibuat pada Mei 2018 tetapi ditolak pada mesyuarat November 2018.

“Pada 20 Disember 2019, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n menerima permohonan rayuan pindah milik tanah itu daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur (dan) kerana maklumat lengkap ia dipersetuj­ui dan surat pengesahan daripada DBKL bertarikh 6 Februari 2020.

“Bermakna kelulusan di bawah kerajaan PH ketika Khalid menjadi menteri. Urusan penjualan tanah oleh Datuk Bandar kepada Kunci Muhibbah diteruskan dan proses daftar hak milik selesai pada 23 Jun 2020,” katanya.

Isu mengenai penjualan tanah itu dibangkitk­an Teresa Kok (Ph-seputeh) dalam perbahasan­nya yang menyatakan penjualan tanah itu dibuat secara tergesa-gesa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas tidak sampai tiga bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir.

Annuar ketika menjawab dakwaan itu menyatakan beliau memandang serius perkara itu kerana ia membabitka­n kepentinga­n rakyat.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Annuar ketika membuat penggulung­an RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, semalam.
(Foto BERNAMA) Annuar ketika membuat penggulung­an RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia