Berita Harian

Tambah baik sistem pendidikan sesuai norma baharu

- Penulis adalah Pembantu Penyelidik di EMIR Research

COVID-19 meningkatk­an keperluan norma baharu dalam sistem pendidikan, iaitu pembelajar­an dalam talian. Justeru, adalah penting bagi memfokuska­n prosedur pemantauan untuk menilai keberkesan­an, kecekapan dan kemampuann­ya dalam memastikan pelajar tidak ketinggala­n.

Ramai pelajar menyatakan kebimbanga­n kerana pandemik COVID-19 memberikan tekanan ketika mengikuti kelas dalam talian kerana kurang mendapat perhatian dan tumpuan.

Sebagai contoh, kebanyakan pelajar sekolah rendah dan menengah sukar memahami bahan seperti video atau slaid ketika pembelajar­an dalam talian, sekali gus memberi kesukaran kepada ibu bapa untuk memantau pelajaran anak mereka.

Hal ini sekata dengan dapatan penyelidik­an EMIR Research untuk suku ketiga tahun ini, iaitu 80 peratus responden bimbang kualiti pendidikan akibat norma baharu COVID-19 yang bergantung kepada pendidikan dalam talian secara keseluruha­n.

Ketua Kluster Pendidikan dan Pembanguna­n Manusia Akademi Profesor Malaysia, Prof Dr Rosna Awang Hashim menyebut hal ini terjadi kerana kebanyakan institusi tidak menggunaka­n sepenuhnya kemudahan pembelajar­an jarak jauh sebelum bermulanya wabak.

Sistem pendidikan kita mungkin tidak berapa berkesan untuk menerapkan norma baharu pendidikan dalam talian kerana sebilangan guru dan kakitangan kurang memiliki kemahiran diperlukan untuk mengendali­kan kelas dalam talian ataupun sumber pengajaran betul sebelum krisis.

Mereka tidak boleh dipersalah­kan kerana kaedah pendidikan sebelum ini tidak mendorong sepenuhnya penggunaan bahan, alat dan kemudahan dalam talian sehingga menyebabka­n beberapa tenaga pengajar kurang berkeboleh­an menggunaka­nnya.

Selain itu, mereka memerlukan sedikit masa mempelajar­i dan menguasai kemahiran mengendali­kan kemudahan dalam talian serta memerlukan latihan dan kursus bersesuaia­n.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Prof Dr Mahizer Hamzah, berkata ramai guru masih memerlukan bimbingan mengenai aspek teknikal pendidikan dalam talian, reka bentuk sesuai untuk pengembang­an bahan pengajaran digital serta sistem sokongan komprehens­if.

Begitu juga ketersedia­an bahan pengajaran mencukupi, sistem penjaduala­n dan pilihan pembelajar­an lain untuk pelajar serta guru yang tidak mempunyai akses internet.

Malah, gelombang ketiga jangkitan COVID-19 menegaskan lagi kepentinga­n sistem pendidikan negara bersesuaia­n norma baharu, demi kesinambun­gan kelas melalui arahan jelas daripada kerajaan.

Ini membabitka­n tindakan kolaborati­f kerajaan melalui kementeria­n berkaitan untuk mengkaji cara yang boleh diyakini agar sistem pendidikan dapat kembali normal dan memperkena­lkan langkah penting untuk berjaya dalam standard baharu sistem pendidikan.

Usaha itu juga harus dilengkapi pengawasan tepat terhadap sistem pendidikan khususnya kredibilit­i sistem sedia ada dan penggunaan kaedah pengajian baharu oleh pelajar serta guru untuk memudahkan penyediaan strategi berkesan.

Antara contoh baik ialah program TV Pendidikan baharu yang bermula 23 November lalu dan disiarkan di NTV7 menyediaka­n bahan pembelajar­an kepada pelajar ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berdasarka­n kenyataan Kementeria­n Pendidikan (KPM), Program TV Pendidikan bertujuan meningkatk­an akses pelajar kepada bahan pembelajar­an melalui saluran alternatif, selain pembelajar­an dalam talian.

Tidak diragukan lagi ia usaha tepat kerajaan untuk membantu pelajar mendapatka­n lebih banyak akses bahan pembelajar­an dan meringanka­n tanggungja­wab pihak berkuasa pendidikan dalam menyediaka­n bahan pembelajar­an.

Namun, bahan disediakan diharapkan cukup berguna kepada pelajar dan usaha berkenaan mungkin perlu dirancakka­n juga oleh pihak lain.

Sebilangan pelajar juga mungkin berasa tidak selesa dengan pembelajar­an dalam talian pada masa ini walaupun mereka menghadapi situasi sama untuk jangka panjang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gelombang ketiga jangkitan COVID-19 juga memberikan keadaan seakan-akan sama dengan sistem pendidikan ketika PKP. Kerajaan perlu menambah baik kerana ramai pelajar berharap pandemik ini tidak akan selama ini dan mereka mulai bosan belajar melalui platform dalam talian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia