UEM Edgenta taja sepasang zirafah
Kuala Lumpur: UEM Edgenta Bhd bekerjasama dengan Zoo Negara untuk menaja sepasang zirafah sebagai haiwan angkat menerusi program Adopt an Animal anjuran Zoo Negara.
Inisiatif tanggungjawab korporat itu untuk menyalurkan sumbangan kepada kebajikan tahunan zirafah berkenaan yang merangkumi penyediaan bekalan makanan dan penjagaan veterinar.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin, berkata komitmen syarikat terhadap program ini selaras matlamatnya bagi menyokong pihak berkepentingan utama seperti Zoo Negara yang terkesan akibat COVID-19, melalui aktiviti pembangunan komuniti yang positif dan berimpak tinggi.
“Kami bangga dapat memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab membantu Zoo Negara dengan menaja sepasang zirafah yang comel, dikenali sebagai Mas Boy dan Mas Kira.
“Inisiatif ini dapat memperluaskan komitmen kami dalam usaha ke arah kelestarian serta mempromosikan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus
Syahrunizam Samsudin
yang baik bersama rakan strategik seperti Zoo Negara,” katanya dalam kenyataan.
Syahrunizam turut memuji pasukan Zoo Negara atas usaha cemerlang sepanjang tahun yang mencabar ini dan berharap lebih banyak organisasi serta individu tampil membantu zoo bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan haiwan ini.
Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab menguruskan operasi harian di Zoo Negara, Rosly@rahmat Ahmat Lana mengucapkan terima kasih kepada UEM Edgenta dan mengalu-alukan lebih banyak sumbangan daripada syarikat korporat dan orang ramai. BERNAMA