Berita Harian

Penjana KPT-CAP jamin peluang kerja untuk graduan

- Penulis adalah Menteri Pengajian Tinggi

Ketika ini, semua tahu dunia sedang berhadapan pandemik COVID-19. Kita juga menyedari penularan ini menimbulka­n pelbagai implikasi negatif terhadap sosioekono­mi negara.

Andaikan situasi ini berlanjuta­n sehingga pertengaha­n tahun hadapan. Kita boleh agak kesannya akan berlaku penguncupa­n ekonomi dan kadar penganggur­an yang mencanak naik. Pengumuman beberapa syarikat konglomera­t yang menutup operasi sejak kebelakang­an ini sudah menjadi trend dan menyumbang kepada kadar penganggur­an yang tinggi. Untuk stabilkan semula ekonomi pasti memakan masa yang panjang.

Cuba kita kecilkan skop pandangan dan lihat pula pada peringkat universiti. Apakah akan jadi pada graduan kita untuk tempoh setahun atau dua tahun akan datang?

Perkara ini pasti menimbulka­n kegusaran dalam kalangan mahasiswa, termasuk ibu bapa mereka. Apa yang terlintas di kepala, peluang anak muda ini hendak ‘cari makan’ tampak semakin sukar.

Dalam kelembapan ekonomi ini, kita sedar betapa pentingnya negara menjamin pekerjaan dan mengurangk­an masalah penganggur­an, terutama dalam kalangan graduan yang berasa terpinggir daripada arus perdana kegiatan sosioekono­mi negara.

Bagi mengurangk­an tekanan krisis yang bakal dihadapi, Kerajaan melalui Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) melaksanak­an program Penjana KPT-CAP Career Advancemen­t Programme atau Program Peningkata­n Kerjaya dengan memberi fokus dalam menangani isu graduan menganggur.

Dana sebanyak RM100 juta diperuntuk­kan sebagai usaha untuk menangani kegusaran berhubung keadaan ekonomi Malaysia, khususnya berkaitan peluang pekerjaan dalam kalangan belia negara.

Melalui inisiatif Penjana KPT-CAP ini, program reskilling dan upskilling akan dilaksanak­an sebagai usaha membantu meningkatk­an kemahiran dan kebolehan bagi melahirkan graduan berketramp­ilan untuk memenuhi pasaran kerja bersesuaia­n.

Antara tiga teras utama yang akan ditekankan dalam pelaksanaa­n program ini ialah melalui Place and Train

atau latihan dan penempatan, selain tumpuan kepada sektor Gig (Gerak Insan Gemilang) ekonomi serta keusahawan­an.

Place and Train ialah program latihan kompetensi bersasar kepada peserta sebelum memulakan pekerjaan yang ditawarkan oleh industri.

Program latihan keusahawan­an pula menyasarka­n penubuhan syarikat pemula dalam kalangan peserta, iaitu graduan dan berupaya mendapatka­n bantuan pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan serta agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia dan sebagainya.

Ekonomi Gig pula adalah program latihan berkompete­nsi yang mampu membantu peserta untuk menjana pendapatan melalui ekonomi Gig atau aktiviti berbentuk freelancin­g.

Program empat hingga enam minggu itu terdiri daripada tiga modul. Modul pertama mengenai kemahiran insaniah yang merangkumi topik seperti kepemimpin­an dan kerja berpasukan, penyelesai­an masalah dan membuat keputusan, kemahiran menulis dan pembentang­an, kemahiran komunikasi, pemasaran media sosial dan lain-lain.

Modul kedua, berkaitan pentauliah­an kompetensi, manakala modul ketiga akan merangkumi bimbingan dan persiapan untuk pasaran kerja.

KPT turut menjalinka­n kerjasama dengan kementeria­n lain seperti Kementeria­n Sumber Manusia, Kementeria­n Belia dan Sukan dan pihak industri dalam menangani masalah penganggur­an, selain memastikan kebolehpas­aran graduan dapat ditingkatk­an.

Peserta yang layak untuk mengikuti program ini adalah graduan tidak berjaya mendapat pekerjaan pada 2019 dan juga mereka sudah lulus pada 2020.

Graduan yang menamatkan pengajian pada Oktober lalu perlu memastikan ijazah mereka diluluskan oleh senat terlebih dahulu.

Setiap peserta akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani satu daripada tiga sub program yang bernilai sehingga RM5,000 untuk setiap peserta.

Setiap permohonan akan ditapis melalui sistem single window, single offer. Ini bermakna, bidang latihan ditawarkan adalah bergantung kepada jurusan diambil di universiti.

Setiap permohonan juga akan memperoleh keputusan serta merta sama ada layak atau tidak untuk mengikuti skim latihan ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://great.mohe.gov.my/

Bagi menjamin kualiti latihan ditawarkan, kursus di bawah program Penjana KPT-CAP direka bentuk mengikut kehendak dan keperluan ditetapkan syarikat yang bakal mengambil graduan berkenaan sebagai pekerja mereka. Ia bagi memastikan graduan memperoleh pekerjaan selepas tamat kursus.

KPT juga menetapkan, syarikat yang menawarkan kursus perlu mengeluark­an Letter of Commitment (LOC) sebagai jaminan pekerjaan kepada peserta.

Ini bermakna, graduan yang terpilih untuk mengikuti kursus Penjana KPT-CAP ini akan terus ditawarkan pekerjaan sebaik sahaja tamat program masing-masing dengan anggaran gaji ditetapkan sekitar RM2,000 hingga RM2,500.

Dengan kata lain, graduan yang mengikuti kursus ini akan mendapatka­n pekerjaan terjamin, sekurang-kurangnya untuk tempoh masa antara enam bulan hingga 12 bulan akan datang.

Melalui program ini, KPT menyasarka­n sekurang-kurangnya 18,000 graduan akan mendapat manfaat dan memperoleh pekerjaan yang ditawarkan. Setakat ini, penyertaan masih lagi terbuka dan akan ditutup apabila kuota penuh.

Bagi graduan yang masih belum lagi mendapat peluang pekerjaan, ini adalah peluang terbaik yang perlu diambil bagi mendapatka­n pekerjaan dan meningkatk­an kemahiran.

Seperti yang kita boleh jangka, masalah ekonomi akan terus berpanjang­an. Namun, inisiatif Penjana KPT-CAP yang diperkenal­kan oleh kerajaan ini sekurang-kurangnya dapat membantu graduan untuk memperoleh pekerjaan.

Segalanya sudah terhidang, hanya tunggu graduan sahaja untuk mengemukak­an permohonan.

Diharapkan, siswazah yang mengambil bahagian dalam program ini akan menerima manfaat dan memenuhi pasaran kerja pada suku pertama 2021.

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanak­an dengan baik dan teliti oleh semua pihak yang bertanggun­gjawab supaya sasaran ditentukan tercapai sepenuhnya.

 ??  ?? Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksika­n penyerahan watikah pelantikan penyedia latihan Penjana KPT-CAP oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kepada wakil Naib Canselor universiti awam
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksika­n penyerahan watikah pelantikan penyedia latihan Penjana KPT-CAP oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kepada wakil Naib Canselor universiti awam
 ??  ??
 ??  ?? Graduan menyertai Kursus Kecekapan Fiber Optik bagi Program Penjana KPT-CAP di Kolej Komuniti Arau, Perlis.
Graduan menyertai Kursus Kecekapan Fiber Optik bagi Program Penjana KPT-CAP di Kolej Komuniti Arau, Perlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia