Berita Harian

Jumlah Ahli Parlimen dalam dewan terus jadi isu

Ketua Whip parti sekali lagi dipanggil bincang had kemasukan, waktu persidanga­n

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Hari pertama sesi penggulung­an perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat yang sepatutnya tertib dan teratur seperti dipersetuj­ui, tidak bermula seperti diharapkan.

Pada jam 11 pagi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, mengambil tempat menggantik­an timbalanny­a, Datuk Seri Azalina Othman Said dan memaklumka­n menteri menggulung dengan memberi ringkasan eksekutif selama 20 minit, manakala teks penuh akan dimuat naik di laman web rasmi Parlimen.

Mirip ulangan pembentang­an Belanjawan 2021 yang tertangguh 15 minit pada 6 November lalu, Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi pemula ‘membuka langkah’.

Anwar (Ph-port Dickson) bangkit meminta supaya diberi kelonggara­n lebih 80 Ahli Parlimen berada di dalam Dewan bagi mendengar penggulung­an menteri.

“Yang Dipertua, ini perkara asas, ini bukan nak dengar kuliah menteri, Parlimen ini tempat perbahasan. Kalau kita tak benarkan Ahli Parlimen masuk dan kita hanya dengar menteri baca teks, tak perlu jadi Ahli Parlimen.

“Peranan Parlimen terutama masa jawapan menteri adalah mencelah, menjelaska­n dan mempersoal­kan. Tak mungkin berlaku dalam masa 20 minit, jadi berikan sedikit kelonggara­n dan waktu untuk menteri perlu ditambah supaya ada pencelahan,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang sepatutnya memulakan penggulung­an kelihatan duduk di tempatnya sambil memerhati keadaan.

Sebagai rujukan, Mesyuarat Penyelaras­an Urusan Dewan Rakyat pada 4 November lalu yang turut dihadiri Ketua Whip semua parti, bersetuju kehadiran dalam Dewan dihadkan kepada 80 Ahli Parlimen dengan pecahan 41 mewakili kerajaan dan 39 pembangkan­g serta Bebas.

Ketika itu, Azhar dilaporkan berkata, keputusan dibuat dengan mengambil kira nasihat pihak Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) serta ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan COVID-19.

Datuk Dr Xavier Jayakumar (Ph-kuala Langat) dan Datuk

Johari Abdul (Ph-sungai Petani) membangkit­kan isu sama, sambil mendakwa sukar menentukan Ahli Parlimen yang wajar berada dalam dewan kerana menyentuh topik berbeza sepanjang perbahasan.

Xavier berkata, jika menteri sekadar membacakan ringkasan eksekutif, bagaimana celahan Ahli Parlimen yang tidak berpeluang berucap dapat dimasukkan ke dalam hansard.

Dewan senyap seketika apabila Azhar memaklumka­n Xavier tidak memberi kerjasama ketika dipanggil mengadakan pertemuan dengannya berhubung perkara dibangkitk­an.

“Itu sebabnya saya panggil Kuala Langat (Xavier) datang jumpa saya minggu lalu. Saya tunggu sejam tapi YB (Yang Berhormat) tak datang.

“Saya panggil YB datang bincang perkara ini tetapi YB tak datang. Kalau nak bincang pun tak nak, susahlah macam ini. Saya pun perlukan kerjasama semua pihak,” katanya.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bebas-jerlun) turut bangun mencelah dan meminta masa bagi sesi penggulung­an ditambah supaya menteri mempunyai ruang mencukupi menjawab soalan dibangkitk­an.

“Saya bimbang kita tak cukup masa kerana 20 minit bagi setiap kementeria­n adalah singkat.

“Sebelum ini kita pernah bersidang sampai jam 12 tengah malam dan ada sehingga 2 pagi atau 3 pagi,” katanya.

Ia berterusan dengan suara P Prabakaran (Ph-batu), Fahmi Fadzil (Ph-lembah Pantai), Teo Nie Ching (Ph-kulai) dan RSN Rayer (Ph-jelutong) yang antara lain mencadangk­an hari persidanga­n ditambah, malah memberi peluang Ahli Parlimen yang tidak dapat berbahas bertanyaka­n soalan pada sesi penggulung­an.

Selepas kira-kira setengah jam, Azhar ‘menutup’ ruang celahan dan menjelaska­n, keputusan itu dibuat atas nasihat Kementeria­n Kesihatan (KKM) termasuk taklimat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sebelum ini, kita tidak ada COVID-19 dan kita baru diberi taklimat oleh Dr Noor Hisham mengenai keadaan COVID-19 yang agak menekan, terutama di Selangor dan Kuala Lumpur dengan jumlah kes yang tinggi.

“Oleh itu, kita perlu mengehadka­n bilangan Ahli Parlimen dalam dewan dan waktu persidanga­n dipendekka­n,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangunda­ng),

Datuk Takiyuddin Hassan, kemudian bangun dan menjelaska­n 20 minit diperuntuk­kan susulan kekangan COVID-19 yang meningkatk­an risiko jangkitan jika persidanga­n dilanjutka­n.

“Ini bukan alasan. Dr Noor Hisham berkata persidanga­n lebih lama lebih berisiko. Menteri juga mengeluh apabila diberitahu hanya ada 20 minit untuk menggulung, tak dapat nak sampaikan segala yang nak dijawab.

“Tetapi itulah peraturan. Saya beri jaminan, sebaik sahaja setiap menteri habis jawab dengan membentang­kan ringkasan eksekutif dalam masa 20 minit, teks yang tak habis dibaca akan dimuat naik dalam portal Parlimen Malaysia,” katanya.

Sekali lagi, Anwar bangun dan mendakwa Ahli Parlimen tidak mempunyai masa mencukupi untuk berbahas, selain mempertika­i dan mempersoal­kan jawapan menteri dalam tempoh 20 minit yang dianggap melemahkan semangat Parlimen.

Azhar kemudian menjawab dan melahirkan kekecewaan­nya terhadap Ahli Parlimen yang membangkit­kan isu itu pada saat akhir sebelum sesi penggulung­an menteri.

“Saya akan jemput semua Ketua Whip parti sekali lagi untuk berbincang dan memutuskan perkara ini.

“Saya hari Ahad pun datang pejabat, (nombor) Whatsapp saya pun semua orang tahu. (tapi) pada Jumaat, Sabtu dan Ahad tiada siapa menghubung­i saya untuk membincang­kan perkara itu sebelum hari ini. Sama macam pembentang­an Belanjawan 2021 hari itu.

“Hari ini (semalam) bila masuk jam 11 pagi, semua bangun dan bangkitkan perkara ini. Ini keluhan saya. Kita ada persetujua­n namun tiada siapa hubungi saya membangkit­kan perkara ini untuk kita bincangkan lebih awal.

“Saya tak mahu kita rugi masa lagi hari ini, saya akan adakan mesyuarat dan menjemput ketuaketua Whip parti untuk membincang­kan perkara ini,” katanya.

Beliau kemudian meminta Maximus memulakan sesi penggulung­an dan sesi penggulung­an lima Menteri di Jabatan Perdana Menteri dapat diselesaik­an pada jam 2.06 petang.

Sementara itu, Azhar ketika dihubungi BH berkata, isu berkaitan perjalanan persidanga­n Dewan Rakyat akan dibangkitk­an dalam mesyuarat bersama KKM hari ini.

“Kita ada bincangkan perkara ini (perjalanan persidanga­n Dewan

Yang Dipertua, ini perkara asas, ini bukan nak dengar kuliah menteri, Parlimen ini tempat perbahasan. Kalau kita tak benarkan Ahli Parlimen masuk dan kita hanya dengar menteri baca teks, tak perlu jadi Ahli Parlimen.

Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkan­g

Saya bimbang kita tak cukup masa kerana 20 minit bagi setiap kementeria­n adalah singkat. Sebelum ini kita pernah bersidang sampai jam 12 tengah malam dan ada sehingga 2 pagi atau 3 pagi.

Mukhriz Mahathir, Bebas-jerlun

Sebelum ini, kita tidak ada COVID-19 dan kita baru diberi taklimat oleh Dr Noor Hisham mengenai keadaan COVID-19 yang agak menekan. Oleh itu, kita perlu mengehadka­n bilangan Ahli Parlimen dalam dewan dan waktu persidanga­n dipendekka­n.

Azhar Azizan Harun,

Yang Dipertua Dewan Rakyat

Saya beri jaminan, sebaik sahaja setiap menteri habis jawab dengan membentang­kan ringkasan eksekutif dalam masa 20 minit, teks yang tak habis dibaca akan dimuat naik dalam portal Parlimen Malaysia.

Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)

Rakyat) dalam mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, serta presiden dan Ketua Whip semua parti pada jam 12.30 tengah hari tadi (semalam).

“Kita akan mendapatka­n nasihat KKM. Insya-allah kita akan bermesyuar­at dengan KKM pagi esok (hari ini),” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia