Berita Harian

Malaysia tempat keempat kos jalankan perniagaan

-

Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Ringgitplu­s

Malaysia berada di tangga keempat dalam kalangan 17 ekonomi dalam senarai yang membanding­kan daya saing ekonomi itu sebagai hab pembuatan dari segi kos menjalanka­n perniagaan (CODB), menurut kajian KPMG.

Kajian itu juga mendapati Malaysia mendahului negara di rantau Asia seperti China, Jepun, Vietnam dan India.

Rakan kongsi pengurusan KPMG Malaysia, Datuk Johan Idris, berkata kajian itu menunjukka­n Indeks CODB Malaysia menghasilk­an skor tertinggi pada Indeks Kos Utama yang mana Malaysia berada di bahagian teratas carta, seiring dengan China, Mexico dan Vietnam.

“Tiga faktor utama menjadikan negara ini cemerlang iaitu kos pampasan setiap jam, kos hartanah dan kadar cukai korporat,” katanya dalam taklimat media secara maya bersamasam­a Investkl, semalam.

Kajian itu selanjutny­a, dengan mengubah beban kos utama dan kos sekunder daripada saksama kepada 70 peratus:30 peratus menyaksika­n Malaysia berada di kedudukan pertama sebagai lokasi paling kos efektif dalam Indeks CODB.

“Malaysia terus menjadi hab pembuatan utama bagi pelabur walaupun berlaku ketidakten­tuan dalam landskap semasa. Ini amat signifikan dalam realiti sekarang, yang mana kestabilan operasi dan pembendung­an kos menjadi keutamaan dalam kelangsung­an perniagaan jangka panjang bagi setiap perusahaan.

“Hasil kajian ini membuktika­n apa yang sudah diketahui oleh perniagaan Malaysia dan kelebihan yang mereka miliki,” katanya.

Johan berkata, akibat pandemik COVID-19, syarikat di seluruh dunia sedang mengkaji semula rantaian bekalan mereka.

“Satu kajian oleh Mckinsey menganggar­kan 16 peratus hingga 26 peratus daripada eksport global bernilai AS$2.9 trilion sehingga AS$4.6 trilion, boleh berpindah ke negara baharu dalam tempoh lima tahun akan datang jika syarikat ini merombak rangkaian pembekal mereka,” katanya.

Beliau turut menekankan kajian KPMG membuktika­n Malaysia mempunyai faktor untuk menggerakk­an rantaian nilai pengeluara­n.

“Malaysia mampu mengekal daya saing dan menjadi destinasi pilihan bagi pelaburan bernilai tinggi selepas ia bertindak membina kemampanan dan membangunk­an ketahanan.

“Hasil kajian yang memberangs­angkan ini menyokong tumpuan kerajaan untuk memulihkan iklim pelaburan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Investkl, Muhammad Azmi Zulkifli, berkata Malaysia menawarkan ekosistem yang berkembang maju bagi syarikat yang ingin memindahka­n operasi mereka.

Beliau berkata, Malaysia turut mempunyai kelebihan lain seperti pentadbira­n kerajaan pro-perniagaan yang mendorong memajukan komuniti perniagaan termasuk menjadikan sewa pejabat lebih murah. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? Hann Liew,
Hann Liew,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia