Berita Harian

Negara perlu kerangka tepat pekerjaan masa depan

- Mohd Firdaus Mohamed Khairi, Calon Sarjana Sains Komputer UKM

Forum Ekonomi Dunia (WEF) melalui laporannya menyatakan COVID-19 menyebabka­n pasaran pekerja berubah lebih cepat daripada jangkaan. Penyelidik­an menunjukka­n apa dianggap sebagai ‘masa depan pekerjaan’ sudah tiba.

Menurut Pengarah Urusan WEF, COVID-19 mempercepa­t kedatangan pekerjaan masa depan. Beliau menegaskan kecepatan proses automasi pekerjaan dan kesan kemeleseta­n akibat COVID-19 memburukka­n jurang ketidaksam­aan yang ada dalam pasaran buruh dan menterbali­kkan kadar kenaikan pekerjaan yang berjaya dilakukan sejak krisis kewangan global pada 2007-2008.

Ini senario gangguan berganda yang memberikan cabaran baharu kepada pekerja ketika masa sukar ini.

Jendela peluang untuk pengurusan proaktif melakukan perubahan ini semakin cepat tertutup. Perniagaan, kerajaan dan pekerja mesti merancang segera bekerja bersama bagi menerapkan visi baharu untuk tenaga kerja global.

Ada lima penemuan utama laporan ini yang perlu diberi perhatian oleh pemilik perniagaan, pemain industri, institusi pendidikan dan kemahiran serta pembuat dasar dalam kerajaan.

Pertama, ia menunjukka­n pandemik COVID-19 mempercepa­tkan kehadiran pekerjaan masa depan ke masa kini. Daripada kajian ini menunjukka­n 84 peratus majikan mempercepa­tkan pendigital­an pada proses kerja secara signifikan, manakala 50 peratus lagi mempercepa­tkan proses automasi.

Malah pekerjaan secara kawalan jauh seperti bekerja dari mana sahaja mula menjadi kebiasaan baharu dengan pantas pada kadar 84 peratus.

Penemuan kedua menunjukka­n proses automasi lebih cepat dan menjadi keutamaan. Menjelang 2025, masa kerja antara manusia dan mesin akan menjadi sama rata. Mesin akan difokuskan pekerjaan rutin yang diautomasi­kan, terutama pada pemprosesa­n maklumat dan data, tugas pentadbira­n dan pekerjaan manual rutin untuk kedudukan kolar putih dan biru.

Manusia pula menumpukan pekerjaan memerlukan kemahiran kemanusiaa­n tinggi seperti pengurusan dan perancanga­n strategi. Sebanyak 85 juta peranan proses kerja akan diambil alih automasi.

Penemuan ketiga dianggap berita baik. Jika selama ini kita sering dimomokkan Kecerdasan Buatan (AI) dan automasi akan menghapusk­an peluang pekerjaan. Ternyata ia tidak benar. Apa yang berlaku ialah akan wujud 97 juta pekerjaan berbanding 85 juta kini yang akan terhapus menjelang 2025.

Antara pekerjaan yang menjadi permintaan hangat menjelang 2025 ialah penganalis­is data dan saintis data, pakar AI dan pembelajar­an mesin, jurutera robotik, pembangun perisian dan aplikasi, pakar transforma­si digital, penganalis­is keselamata­n maklumat serta pakar internet kebendaan (IOT).

Pekerjaan yang dijangkaka­n tiada permintaan seperti kerani kemasukan data, pengurusan kesetiausa­haan, pekerja perkerania­n perakaunan, akauntan dan juruaudit serta pekerja kilang.

Penemuan keempat menunjukka­n kemahiran sangat diperlukan pada pekerjaan masa depan ialah kemahiran berkolabor­asi, kemahiran menyelesai­kan masalah dan kemahiran pengurusan kendiri. Kemahiran pengurusan kendiri merangkumi ketekunan bekerja, kebolehan tolak ansur dalam menangani tekanan dan fleksiblit­i.

Penemuan kelima menunjukka­n kepentinga­n modal insan dalam kalangan majikan meningkat. Oleh itu, majikan bersedia melatih semula pekerja dengan kemahiran diperlukan pekerjaan masa depan. Sebanyak 66 peratus majikan percaya kesan pelaburan kepada latihan kemahiran pekerja mereka akan membuahkan hasil dalam masa setahun.

Oleh itu, kehadiran teknologi baharu tidak wajar dianggap ancaman semata-mata. Kita melalui tiga revolusi industri semuanya teknologi ini menukarkan corak pekerjaan tradisiona­l menjadi bentuk baharu, malah mencipta pekerjaan baharu.

Teknologi wajar dilihat mampu mengoptimu­mkan keupayaan manusia. Sebagai contoh, suatu masa dahulu kita perlu mengisi banyak borang untuk sesuatu urusan. Akibatnya kesilapan mungkin berlaku kerana proses membuat keputusan secara manual.

Manusia secara amnya seperti keletihan dan kebosanan membuat perkara rutin. Kehadiran teknologi seperti web 2.0 membolehka­n kewujudan borang digital yang membuatkan proses membuat keputusan dibuat secara automasi.

Maka ia mencipta pekerjaan baharu seperti pentadbir sistem atau pentadbir portal. Namun, soalan lebih besar, adakah sistem pendidikan dan latihan kemahiran sekarang mampu menyediaka­n generasi kini kepada pekerjaan masa depan?

Dalam pada itu, adakah langkah memberi banyak perhatian kepada ekonomi gig sesuatu yang tepat. Adakah ia berdasar trend popular atau kajian mendalam. Ekonomi jenis ini bersifat sementara dan tidak ada asas kukuh untuk jangka panjang. Begitu juga jika suatu masa dahulu kita pernah mendengar isu industri teksi tempatan bertelagah dengan kehadiran Uber dan kini Grab. Apa akan jadi apabila tugas ini diautomasi­kan melalui kehadiran dron dan kereta pemanduan automatik?

Kehadiran teknologi baharu tidak wajar dianggap ancaman semata-mata. Kita melalui tiga revolusi industri semuanya teknologi ini tukarkan corak pekerjaan tradisiona­l menjadi bentuk baharu, malah mencipta pekerjaan baharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia