Berita Harian

Angka jangkitan kembali 4 digit

1,054 kes baharu direkod, 12 pesakit maut

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Angka jangkitan baharu COVID-19 kembali mencecah empat digit apabila sebanyak 1,054 kes dilaporkan semalam, serta mencatatka­n 12 kes kematian.

Pertambaha­n itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negara ini ialah 34,393 dengan 10,135 kes aktif, manakala 875 kes pulih dan menjadikan jumlah kumulatif pesakit COVID-19 sembuh di negara ini mencecah 23,995 kes (69.8 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, 64.3 peratus atau 678 kes dari Sabah, manakala 310 kes (29.4 peratus) pula dikesan dalam kluster penjara dan pusat tahanan sementara (PTS).

“Kawasan di Lembah Klang mencatatka­n 150 kes (14.2 peratus), manakala Labuan pula 81 kes (7.7 peratus). Secara keseluruha­n, semua negeri itu menyumbang­kan 909 kes baharu (86.2 peratus).

“Pertambaha­n jumlah kes baharu itu adalah berikutan lebih banyak saringan dijalankan di negeri terbabit yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, semua kes kematian semalam dilaporkan di beberapa daerah di Sabah dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 263 kes bersamaan 0.8 peratus daripada keseluruha­n kes jangkitan virus berkenaan.

Katanya, lapan kes dilaporkan di Hospital Queen Of Elizabeth di Kota Kinabalu, dua kes kematian dilaporkan di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan dan masing-masing satu kes di Hospital Kudat dan Hopital Tawau.

“Seorang daripada kes kematian yang dilaporkan hari ini, iaitu kes ke-255 adalah remaja berusia 14 tahun yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth dan mempunyai sejarah penyakit tibi meningitis dan hidrosefal­us (pengumpula­n cecair otak (Cerebro Spinal Fluid) yang berlebihan),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dua lagi kluster baharu dikesan semalam membabitka­n di Seremban, Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, kluster berkenaan dikenal pasti hasil saringan individu bergejala dan saringan dalam kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

“Kluster Cergas di Seremban sudah jangkiti 12 individu. Kes indeks (iaitu kes ke-30,751) bagi kluster ini dikesan hasil saringan individu bergejala.

“Seramai 144 individu disaring dan 126 individu dikesan negatif manakala enam lagi masih menunggu keputusan. Mereka yang positif kini dimasukkan ke Hospital Rembau, Hospital Tampin dan Hospital Tuanku Ja’afar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Permatang hasil saringan dalam kalangan pesakit SARI, di Kulim, Kedah serta daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Timur Laut di Pulau Pinang.

Katanya, kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-34,174) adalah kes SARI di sebuah pusat perubatan swasta dan dikenal pasti positif COVID-19 pada 31 Oktober lalu.

“Beliau kemudianny­a dipindahka­n ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang. Sehingga jam 12 tengah hari ini (semalam) seramai 97 individu disaring dan daripada jumlah itu lapan kes disahkan positif COVID-19, manakala 74 individu negatif dan 15 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau juga berkata, terdapat satu kluster yang diisytihar­kan tamat semalam iaitu Kluster Batu di Perak selepas tidak lagi mencatatka­n pertambaha­n kes dalam tempoh 28 hari.

“Sehingga hari ini (semalam) seramai 1,174 individu sudah disaring dan daripada jumlah itu hanya tujuh kes dikesan positif,” katanya.

Kawasan di Lembah Klang mencatatka­n 150 kes (14.2 peratus), manakala Labuan pula 81 kes (7.7 peratus).

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia