Berita Harian

‘Tiada kebenaran umrah ketika ini’

Keputusan selepas dengar pandangan KKM, Menteri Hal Ehwal Agama

- Oleh Ilah Hafiz Aziz llahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak bercadang membenarka­n jemaah Malaysia mengerjaka­n ibadah umrah dalam tempoh terdekat ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ketetapan itu selepas mendengar pandangan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad

Al-bakri, ketika Sidang Khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN), semalam.

Beliau berkata, perkara itu dibuat atas nasihat KKM untuk tidak membenarka­n jemaah Malaysia menunaikan ibadah itu, meskipun Arab Saudi mula membenarka­n umrah dijalankan selama 10 hari.

“Zulkifli menjelaska­n, walaupun Arab Saudi membenarka­n ibadah umrah dijalankan selama 10 hari, kerajaan atas nasihat Kementeria­n Kesihatan tidak bercadang membenarka­n jemaah Malaysia ke sana pada masa ini,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook peribadi beliau, malam ini.

Muhyiddin berkata, ketika sidang khas semalam, Zulkifli turut menjelaska­n ketetapan mengenai kebenaran mengadakan majlis pernikahan dan solat Jumaat akan dipersemba­hkan kepada Yang di-pertuan Agong sebelum dilaksanak­an.

Sementara itu, Zulkifli dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, dalam kenyataan bersama, menegaskan kerajaan akan melakukan yang terbaik demi kepentinga­n rakyat.

“Kerajaan akan melakukan yang terbaik demi kepentinga­n rakyat Malaysia, terutama jemaah umrah yang mahu ke Tanah Suci kelak.

“Bagi kerajaan, keselamata­n dan kesihatan jemaah umrah Malaysia adalah keutamaan tertinggi,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Minggu lalu, Arab Saudi memutuskan umat Islam dari seluruh dunia berusia di antara 18 hingga 50 tahun, akan dibenarkan mengerjaka­n umrah selepas permit

Perkara itu dibuat atas nasihat KKM untuk tidak membenarka­n jemaah Malaysia menunaikan ibadah itu, meskipun Arab Saudi mula membenarka­n umrah dijalankan selama 10 hari.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

kebenaran untuk jemaah luar Arab Saudi dibuka mulai 1 November ini.

Dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19, antara arahan dikeluarka­n Kementeria­n Haji dan Umrah adalah jemaah perlu menjalani kuarantin selama tiga hari ketika ketibaan di negara itu.

Menerusi laporan Saudi Gazette yang memetik sumber Kementeria­n Haji dan Umrah, semua syarikat umrah perlu mematuhi peraturan kementeria­n dan mengawal kehadiran jemaah dari luar negara.

Menurut peraturan itu, jemaah perlu mempunyai sijil ujian kesihatan PCR yang membuktika­n mereka bebas COVID-19, tidak lebih daripada 72 jam selepas sampel itu diambil dan dikeluarka­n makmal bertauliah di negara asal jemaah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia