Berita Harian

EU sedia dana bantu pindah pesakit negara anggota

-

Brussels: Brussels memperuntu­kkan bantuan 220 juta euro (RM106.8 juta) bagi memindahka­n pesakit COVID-19 dari negara anggota yang teruk terkesan dengan wabak itu, ke negara jiran yang memiliki lebihan katil hospital, kata Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen.

Bercakap selepas mengadakan persidanga­n video dengan 27 pemimpin EU kelmarin, Von der Leyen sekali gus menggesa negara Eropah mengumpulk­an data COVID-19.

Beliau menjelaska­n, ini kerana ‘penggunaan wang terbabit memerlukan perkongsia­n maklumat yang bagus sebagai pertukaran’.

Semua pemimpin EU turut diminta supaya memastikan penyelaras­an lebih baik dalam melakukan tindak balas terhadap pandemik itu.

Eropah sekali lagi ‘dibadai’ wabak itu dengan gelombang kedua mencatatka­n penularan pantas yang mengatasi senario jangkitan pada Mac dan April lalu.

Selain itu, mereka digesa tidak menutup sempadan kepada satu sama lain, sebaliknya bekerjasam­a serta berkongsi teknik terbaik mengawal virus berkenaan dan bersiap sedia untuk pengagihan vaksin kelak.

Von der Leyen yang juga seorang ahli epidemiolo­gi sebelum

Ursula von der Leyen

terbabit dalam politik Jerman, menjelaska­n bahawa ‘ujian besar-besaran’ adalah kunci mengatasi krisis itu.

Beliau sekali gus mengajak negara anggota EU supaya mengamalka­n standard bersama untuk ujian antigen pantas.

“Ini akan membolehka­n kita menggarisk­an ketetapan optimum untuk bentuk ujian yang berbeza.

“Ia juga akan membolehka­n kita saling memperakui hasil ujian di seluruh EU. Ini adalah penting, terutama apabila perjalanan mustahak dilakukan,” katanya.

Menurut jurucakap pula, Canselor Jerman, Angela Merkel memaklumka­n kepada semua pemimpin terbabit bahawa ‘pendekatan Eropah yang selaras adalah sangat penting dalam memerangi pandemik berkenaan’. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia