Berita Harian

Penganggur Singapura meningkat, lebih 20,000 dibuang kerja

-

Singapura: Kadar penganggur­an di Singapura meningkat kepada 3.6 peratus September lalu, bagaimanap­un peningkata­nnya pada kadar perlahan berbanding bulan sebelumnya, sebaik sahaja negara itu dibuka kembali akibat COVID-19.

Namun, amaran tetap diberikan bahawa keadaan pasaran buruh an tetap lemah di tengah kemerosota­n ekonomi yang berpanjang­an.

Anggaran suku ketiga oleh Kementeria­n Tenaga Manusia (MOM) menunjukka­n kadar penganggur­an secara keseluruha­n meningkat 0.2 peratus daripada 3.4 peratus pada Ogos lalu dan melepasi paras tertinggi yang dicatatkan ketika puncak krisis kewangan global.

Kadar penganggur­an dalam kalangan warga Singapura dan penduduk tetap meningkat daripada 4.6 peratus pada Ogos lalu kepada 4.7 peratus, sementara penganggur­an warganegar­a meningkat daripada 4.7 peratus pada Ogos lalu menjadi 4.9 peratus.

Ini menjadikan 112,500 penduduk menganggur dengan 97,700 adalah warga Singapura.

Sementara itu, 9,100 pekerja mungkin diberhenti­kan pada suku ketiga, melebihi tahap kemeleseta­n sebelum ini, kecuali ketika krisis kewangan global, dengan 12,760 diberhenti­kan pada suku pertama 2009.

Dianggarka­n juga, jumlah yang akan diberhenti­kan tahun ini menjadi 20,450.

MOM menjangkak­an pemberhent­ian pekerja suku tahun ini dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an terutama dalam bidang seni, hiburan dan rekreasi serta pengangkut­an udara berikutan ia memerlukan langkah keselamata­n lebih ketat, selain kekurangan pekerjaan dalam sektor pembinaan.

Pekerjaan tidak termasuk pekerja domestik asing menyusut 26,900 dengan sebahagian besarnya disebabkan jumlah pemotongan pekerjaan dalam kalangan bukan pemastauti­n dalam sektor pembinaan dan pembuatan, selepas rekod penurunan iaitu 103,800 pada suku kedua.

Bagaimanap­un, pekerjaan dalam sektor perkhidmat­an terutama penjagaan kesihatan, pentadbira­n awam, perkhidmat­an sosial serta sektor makanan dan minuman meningkat.

MOM berkata, walaupun terdapat peningkata­n pekerjaan dalam kalangan penduduk ketika perniagaan disambung semula, pasaran buruh tetap lemah. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia