Berita Harian

KKM anggap PRU tak sesuai sekarang

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) berpendapa­t pilihan raya umum (PRU) tidak sesuai untuk diadakan ketika negara masih bergelut dengan penularan wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanap­un KKM tidak mempunyai kuasa untuk menangguhk­an perjalanan pilihan raya.

Justeru, beliau berharap cadangan untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dapat disegeraka­n.

Katanya, melihat kepada pilihan raya akan datang, jika KKM tidak diberikan punca kuasa untuk membatalka­n pilihan raya, maka proses itu perlu dilaksanak­an dengan mengambil kira tiga syor kementeria­n sebelum ini.

“Pindaan pada Akta 342 untuk melihat jika KKM mempunyai lebih kuasa mengatasi akta lain dalam Perlembaga­an, termasuk membabitka­n proses pilihan raya dan perkara lain.

“Ini sesuatu yang kita perlu rujuk kepada Peguam Negara. Sebaik-baiknya kita tangguhkan (pilihan raya) kalau kita ada kuasa. Sebaliknya, kita tidak ada punca kuasa di KKM atau menggunaka­n Akta 342 setakat ini,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika Akta 342 boleh dikuatkuas­akan terhadap mereka yang melanggar tiga syor KKM kepada kerajaan, sekiranya pilihan raya mahu dijalankan dalam masa terdekat.

Tiga syor itu ialah tiada perjalanan rentas sempadan untuk pulang mengundi, perhimpuna­n dan kempen membabitka­n khalayak yang ramai serta kempen dari rumah ke rumah.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata cadangan meminda Akta 342 yang digubal sejak 1988 itu sudah dibuat sebelum negara dilanda COVID-19 lagi.

“Sebelum pandemik lagi kita hendak pinda sebab banyak perkara perlu diperhalus­i, namun disebabkan pandemik yang melanda ini kita guna pakai Akta 342 sedia ada.

“Perancanga­n untuk pindaan akta itu sudah dihantar kepada Peguam Negara dan diharap ia dapat dilaksanak­an secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, ketika Akta 342 digubal pada 1988, kerajaan tidak menjangkak­an isu pandemik akan dialami seluruh negara seperti hari ini.

“Jika kita tengok 1988 ketika itu, kita mungkin lihat penyakit pada satu lokaliti sahaja, tetapi sekarang kita lihat (penyakit menular) satu negara dan juga satu pandemik di persada antarabang­sa.

“Jadi ada keperluan untuk kita ubah bagi memperkuku­hkan Akta 342 ini untuk diguna pakai pada masa hadapan,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Kakitangan Hospital Tuaran melakukan saringan COVID-19 kepada penduduk di pekarangan hospital, semalam.
(Foto BERNAMA) Kakitangan Hospital Tuaran melakukan saringan COVID-19 kepada penduduk di pekarangan hospital, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia