Berita Harian

TNB kuasai majoriti saham firma solar utama UK

-

Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus mengembang­kan pembabitan­nya dalam bidang tenaga boleh diperbahar­ui (RE) dengan meningkatk­an pegangan ekuiti dalam Vortex Solar Investment­s S.a.r.l (Vortex Solar) pada nilai £11.0 juta (RM59.03 juta).

Pembelian itu dibuat menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Internatio­nal Sdn Bhd (TNBI) daripada Beaufort Investment­s Sarl, anak syarikat EFG Hermes Holding SAE, sekali gus menjadikan pegangan ekuiti TNB dalam Vortex Solar meningkat kepada 55 peratus dan muncul sebagai pemegang saham majoriti syarikat itu.

Vortex Solar adalah satu daripada platform solar terbesar di United Kingdom (UK) dengan skim subsidi Renewables Obligation Certificat­e (ROC).

Portfolio itu merangkumi 24 ladang solar beroperasi dengan kapasiti keseluruha­n 365 MW yang konsisten menghasilk­an pulangan kukuh sepanjang dua tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata pemeroleha­n itu adalah pencapaian penting dalam komitmen TNB untuk mengurangk­an jejak karbonnya dan mengembang­kan portfolio perniagaan RE.

“Ia sejajar dengan aspirasi transisi tenaga untuk menjadi peneraju kepada penyelesai­an tenaga mampan di dalam dan luar negara.

“Dengan pemeroleha­n ini, TNB kini menguasai pegangan majoriti Vortex Solar, sekali gus memperkuku­hkan jejak perniagaan kumpulan dalam bidang RE di Eropah selepas pemilikan penuh Tenaga Wind Ventures UK Ltd (TWV), portfolio Feedin-tariff (FIT) angin terbesar di UK.

“Ia juga adalah satu daripada strategi untuk mengembang­kan perniagaan RE TNB di UK dan Eropah, malah langkah terancang untuk menguasai aset RE berprestas­i tinggi, bermula dengan penguasaan pegangan 100 peratus TWV pada awal tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dengan memanfaatk­an keupayaan sedia ada TNB dan penguasaan­nya dalam TWV dan Vortex Solar, Amir berkata, TNB akan mengembang­kan perniagaan­nya di Eropah sejajar dengan strategi pertumbuha­n RE pada peringkat antarabang­sa.

Ia katanya, akan dilaksanak­an melalui penstruktu­ran semula Vortex Solar dan TWV untuk menjadi syarikat aset tenaga boleh diperbahar­ui yang bertujuan memiliki, menjalanka­n operasi dan mengurus portfolio aset RE di UK serta Eropah.

“Meskipun berdepan keadaan tidak menentu akibat COVID-19, prestasi kewangan serta operasi Vortex Solar dan TWV adalah di luar jangkaan.

“Penguasaan Vortex Solar menyumbang secara positif kepada objektif kewangan dan strategik TNB,” katanya.

Portfolio itu mencatatka­n perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan amortisasi (EBITDA) sebanyak GBP39.1 juta (RM209.84 juta) pada 2019 dan berkembang daripada margin EBITDA 80 peratus pada 2018 kepada 84 peratus pada 2019.

Pemeroleha­n itu juga dijangka menyumbang secara positif terhadap keuntungan bersih kumpulan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia