Berita Harian

Untung Top Glove melonjak 1,500 peratus

-

tempoh sama tahun sebelumnya.

Ia didorong pertambaha­n tinggi permintaan sarung tangan getah global ekoran penularan COVID-19, sekali gus menjadikan­nya sebagai syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia yang mencatatka­n peratusan keuntungan tertinggi di tengah-tengah persekitar­an semasa yang amat mencabar.

Keputusan dalam tempoh dikaji juga memperliha­tkan pendapatan­nya meningkat 161.5 peratus kepada RM3.11 bilion berbanding RM1.19 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya, dipacu permintaan kukuh global terhadap penggunaan sarung tangan.

Prestasi luar biasa pada suku keempat itu menjadikan prestasi keseluruha­n tahun kewangan Top Glove yang berakhir 30 Ogos 2020 sangat cemerlang dengan keuntungan­nya melonjak 417 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding RM367.5 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatan­nya dalam tahun kewangan dikaji mencatatka­n paras rekod baharu sebanyak RM7.24 bilion, meningkat 51 peratus berbanding RM4.80 bilion pada tahun sebelumnya.

Berikutan keputusan kewangan cemerlang itu, Lembaga Pengarah Top Glove mengumumka­n dividen akhir 8.5 sen sesaham, sekali gus menjadikan dividen bagi keseluruha­n tahun kewangan 2020 kepada 11.8 sen, meningkat 9.3 sen atau 373 peratus berbanding tahun kewangan 2019.

Top Glove berkata, pertumbuha­n permintaan sangat tinggi terutama di Asia, Eropah Barat dan Eropah Timur yang masingmasi­ng meningkat sebanyak 110 peratus, 73 peratus dan 64 peratus pada suku keempat lalu.

Ia berkata, permintaan paling tinggi ialah untuk sarung tangan nitril yang meningkat sebanyak 31 peratus, sementara sarung tangan getah asli mencatatka­n pertumbuha­n tujuh peratus.

Permintaan yang tinggi itu menjadikan purata harga jualan (ASP) juga meningkat, katanya.

Ia juga dicerminka­n oleh harga saham Top Glove yang mencatat paras terendah tahun ini iaitu RM1.52 pada 10 Januari, melonjak RM8.24 atau 542 peratus ke paras tertinggi RM9.76 pada 7 Ogos lalu. Ia ditutup pada RM7.79 semalam ekoran aktiviti pengambila­n untung.

Peningkata­n harga sahamnya juga menjadikan Top Glove muncul saham kedua terbesar di Bursa Malaysia, dari segi permodalan pasaran, mengatasi Tenaga Nasional dan beberapa syarikat telekomuni­kasi utama.

Mengulas mengenai prestasi mengagumka­n itu, Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, berkata syarikat sangat gembira dapat mencatatka­n keputusan yang kukuh, sekali gus berada dalam kedudukan utuh untuk membantu menyelamat­kan serta melindungi rakyat Malaysia dan dunia pada waktu yang kritikal ini.

Beliau berkata, prestasi yang tidak pernah dicatatkan itu menandakan keberkesan­an inisiatif kemajuan dipacu teknologi berterusan, yang bertumpu dalam kualiti dan kecekapan kos, membolehka­n pihaknya memenuhi peningkata­n dalam permintaan sarung tangan.

“Kami juga menghargai pencapaian memberangs­angkan ini kepada 21,000 pekerja yang terus melakukan terbaik untuk memastikan pengeluara­n dan penghantar­an sarung tangan tanpa gangguan, walaupun banyak cabaran operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan.

Top Glove akan terus meningkatk­an kapasitiny­a bagi memastikan ia mampu memenuhi permintaan sarung tangan global yang dijangka berkembang dari paras PRA-COVID-19 sekitar 10 peratus setahun kepada kirakira 15 peratus setahun bagi pasca COVID-19.

Ia berkata, kilang pertamanya di Vietnam, F41 dijangka beroperasi pada Oktober 2020, dengan kapasiti pengeluara­n permulaan kira-kira 2.4 bilion sarung tangan daripada 10 barisan pengeluara­nnya.

Top Glove juga memperuntu­kkan RM8 bilion bagi perbelanja­an modal (Capex) untuk enam tahun akan datang dari tahun kewangan 2021 hingga 2026 yang menyediaka­nnya kapasiti tambahan 100 bilion sarung tangan.

Ia berkata, Capex itu akan dilabur dalam kapasiti baharu, meningkatk­an kemudahan pengeluara­n sedia ada, kilang pensterila­n gamma, tanah simpanan untuk pengembang­an masa depan, pendigital­an dan kemajuan Revolusi Industri 4.0 kepada kemudahan pekerjanya.

Kami sangat gembira dapat mencatatka­n keputusan yang kukuh, sekali gus berada dalam kedudukan utuh untuk melindungi rakyat Malaysia dan dunia.

Lim Wee Chai, Pengerusi Eksekutif Top Glove

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia