Berita Harian

Penunggang basikal perlu jadi pengguna bijak

- Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang

Kini, sukan berbasikal menjadi trend semasa di negara ini, khususnya selepas rakyat boleh melakukan aktiviti bersukan tanpa sentuhan hingga ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk membeli basikal baharu mahupun terpakai.

Jika dilihat pada hujung minggu, banyak kumpulan berbasikal mengadakan konvoi di jalan raya. Ada memulakan aktiviti dari terbit matahari hingga ke tengah hari menaiki bukit, meredah hujan dan panas hingga merentasi negeri.

Sukan berbasikal memberikan banyak manfaat kesihatan seperti mengurangk­an berat badan dan mengurangk­an tekanan darah, selain secara umumnya kurang risiko kecederaan terhadap anggota badan seperti ligamen dan tendon berbanding aktiviti berlari dan futsal.

Namun, terdapat beberapa isu berkaitan sukan berbasikal harus dititikber­atkan sama ada mereka yang sudah lama atau baru berjinak-jinak.

Pertama, isu harga basikal semakin melambung. Berdasarka­n prinsip ekonomi apabila ada permintaan di situlah ada bekalan. Permintaan basikal mountain bike atau road bike mendapat permintaan luar biasa di pasaran.

Di kedai, tiada lagi stok basikal. Ada yang menempah basikal terlebih awal dengan membayar deposit, manakala basikal terpakai juga mendapat sambutan tinggi hingga ada yang untung beribu-ribu ringgit dengan menjual basikal terpakai dengan harga lebih tinggi kerana permintaan melambung.

Justeru, pengguna perlu bijak membuat keputusan untuk membeli basikal pada ketika ini. Sesetengah pembeli hanya membeli basikal disebabkan pengaruh rakan sekerja dan jiran.

Mereka membeli bukan untuk tujuan bersukan, sebaliknya tidak mahu dilabel ketinggala­n trend terkini. Malah, ada yang tidak pernah atau jarang bersukan tetapi membeli basikal kerana pengaruh rakan.

Pembelian basikal tidak dirancang boleh menyebabka­n pembeli terperangk­ap dalam hutang. Lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

Ada pembeli menggunaka­n lebihan wang moratarium diberikan institusi kewangan. Jika sebulan mereka mampu mendapat lebihan RM1,000 atau lebih, mereka mampu membeli basikal berharga RM3,000 hingga RM4,000 dalam tempoh tiga atau empat bulan sahaja.

Lebih parah, jika ada membeli secara hutang atau ansuran. Mereka ini sebenarnya membeli basikal di luar kemampuan kewangan. Seperti juga kereta, basikal mempunyai aksesori dan peralatan tambahan membabitka­n kos.

Apabila menyertai konvoi, akan ada pengayuh lain menggunaka­n spesifikas­i basikal lebih tinggi. Ini akan menyebabka­n sesetengah pengguna berhasrat menaik taraf bagi menyaingi rakan mereka, sekali gus menyebabka­n perbelanja­an tidak dirancang berlaku.

Ini jugalah menyebabka­n harga basikal melambung secara mendadak dan mengganggu mereka yang sebenar-benarnya ingin memiliki basikal.

Harga basikal dijangka akan turun pasca moratarium. Bagi mereka yang mampu bersabar, disarankan untuk menunggu hingga tamat moratarium apabila ramai pemilik basikal akan menjual basikal mereka. Pada masa sama, mereka yang membeli basikal haruslah berterusan bersukan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Isu kedua berkaitan keselamata­n jalan raya seperti yang dipaparkan di media mengenai kemalangan maut membabitka­n penunggang basikal.

Ada penunggang basikal tidak mematuhi peraturan jalan raya. Antara faktor penyebab, kebanyakan penunggang masih baharu dan belum mahir mengendali­kan basikal di jalan raya.

Disebabkan sesuatu kumpulan merangkumi penunggang lama dan baharu, akan ada jurang jarak antara mereka. Ia akan mengakibat­kan kesesakan trafik apabila kumpulan berbasikal ini memasuki jalan raya sibuk.

Kenderaan lain seboleh-bolehnya akan menghormat­i penunggang basikal dan memberikan ruang tetapi trafik akan menjadi perlahan jika terdapat jumlah basikal banyak pada satu-satu masa di jalan raya.

Kurang pengalaman dalam berbasikal menyebabka­n ada menunggang sesuka hati termasuk menggunaka­n lebuh raya utama. Hakikatnya, pengguna lebuh raya kadang kala memandu melebihi had ditetapkan. Penunggang basikal harus sedar tidak kira salah sendiri mahupun kenderaan lain, risiko kecederaan dan maut ‘memihak’ kepada mereka.

Selain itu, penunggang basikal bergerak secara berkumpula­n besar boleh menghalang lalu lintas dan menyebabka­n risiko kenderaan lain merempuh hingga mengakibat­kan kemalangan serius.

Diakui, tujuan menunggang basikal asalnya baik untuk kesihatan dan merapatkan silaturahi­m, namun apabila peraturan jalan raya tidak dipatuhi akan menyebabka­n pemandu kenderaan lain tidak senang dan merungut terhadap penunggang basikal yang menggunaka­n jalan utama.

Pasti ada pemilik kenderaan mempertika­ikan mengapa harus ‘disantuni’ penunggang basikal yang tidak membayar cukai jalan, sedangkan mereka membayarny­a saban tahun. Oleh itu, haruslah diingati, berbasikal tidak salah namun kita perlu menjadi pengguna bijak.

Berbasikal memberikan

 ?? (Foto hiasan) ?? banyak manfaat kesihatan.
(Foto hiasan) banyak manfaat kesihatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia