Berita Harian

Rakyat Sabah perlu tebus kesilapan pilih kerajaan negeri

-

Beaufort: Rakyat Sabah perlu menebus semula kesilapan memilih kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini, demi memastikan lebih banyak limpahan kemakmuran dibawa untuk mereka.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau dipilih untuk memikul tanggungja­wab mengetuai kerajaan dalam tempoh yang sukar akibat COVID-19, namun rakyat masih terus menjadi keutamaan.

Katanya, walaupun dilabelkan sebagai ‘Perdana Menteri pintu belakang’, itu tidak sesekali melemahkan semangatny­a dan barisan Kabinet untuk terus berbakti kepada rakyat.

“Ada sesetengah kata, saya Perdana Menteri ‘pintu belakang’ (tapi), saya datang dari pintu istana dan tidak terduga saya berdepan cabaran maha besar.

“Saya pikul tanggungja­wab dan tidak kira asalkan rakyat Malaysia berhak terima perlindung­an daripada kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri di Pekan Kuala Penyu, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, merangkap Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menyatakan keyakinan pembanguna­n infrastruk­tur yang dirancang di Kuala Penyu, akan tetap diteruskan Kerajaan Pusat seperti yang diluluskan sebelum ini.

Katanya, kerajaan PN mahu membuktika­n kemampuan untuk menguruska­n negara walaupun dalam keadaan sukar.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini adalah penentu untuk mengembali­kan Sabah menjadi sebuah negeri yang lebih baik.

“Saya berharap kerajaan negeri yang dibentuk sehaluan dengan kerajaan PN dan gabungan parti lain,” katanya.

Saya pikul tanggungja­wab dan tidak kira asalkan rakyat Malaysia berhak terima perlindung­an daripada kerajaan.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia