Berita Harian

Seorang mangsa keracunan puding buih meninggal

Wanita alami kegagalan multiorgan kerana kejutan sepsis

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, seorang wanita mangsa keracunan puding buih meninggal dunia, semalam.

Mangsa berusia 25 tahun dari Marang menghembus­kan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada jam 10.40 pagi akibat kegagalan multiorgan kerana kejutan sepsis.

Difahamkan, mangsa bersama beberapa ahli keluargany­a sebelum ini dimasukkan ke HSNZ selepas mengalami keracunan makanan akibat makan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, wanita itu mangsa pertama meninggal susulan kes keracunan berkenaan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah membuat siasatan dan mengetahui punca.

“Tindakan kepada peniaga juga sudah diambil, cuma nasihat saya kepada peniaga makanan di seluruh negara supaya menitik berat aspek kesihatan terutama pemeriksaa­n kesihatan dan sebagainya serta pembersiha­n bagi memastikan tidak ada apa-apa penyakit.

“Selain itu, jangan gunakan barang sudah tamat tempoh kerana ini membabitka­n nyawa, kita tidak tahu walaupun penyakit ini nampak biasa dan tidak membawa maut, tetapi apa-apa boleh berlaku.

“Kerajaan negeri bersimpati dan berharap keluarga bersabar dengan dugaan diberikan. Selain itu, semua mangsa yang ditempatka­n di HSNZ dan hospital swasta sudah pulih dan dibenarkan pulang secara berperingk­at,” katanya ketika ditemui di perkaranga­n Unit Forensik HSNZ di sini, semalam.

Sebelum ini, 99 mangsa dari Kuala Terengganu dan Marang dikejarkan ke HSNZ kerana mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih dibeli melalui dalam talian.

Ia membabitka­n 20 keluarga iaitu 77 pesakit di Kuala Terengganu, manakala 22 pesakit dari Marang.

Telur tamat tempoh dipercayai digunakan dalam pembuatan puding buih menyebabka­n kes keracunan itu.

Wanita itu mangsa pertama meninggal susulan kes keracunan berkenaan. Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Ahli keluarga mangsa keracunan puding buih menuntut jenazah di rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Ahli keluarga mangsa keracunan puding buih menuntut jenazah di rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia