Berita Harian

109,617 lepasan SPM dapat surat tawaran ke IPTA mulai hari ini

Calon perlu buat pengesahan terima dalam tempoh lima hari

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Seramai 109,617 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 layak melanjutka­n pengajian bagi sesi akademik 2020/2021 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan surat tawaran rasmi dikeluarka­n mulai hari ini.

Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n tawaran kemasukan adalah ke universiti awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej matrikulas­i, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Tawaran bagi melanjutka­n pengajian peringkat sijil, asasi, matrikulas­i, diploma, Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Teknologi MARA (UITM) Sesi Akademik 2020/2021,” katanya.

Kenyataan itu berkata, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh lima hari iaitu selewat-lewatnya pada 8 Jun ini.

“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA terbabit.

“Tarikh pendaftara­n pelajar baharu mulai 5 Jun hingga 4 Januari 2021, mengikut IPTA masing-masing,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, KPT mengamalka­n prinsip meritokras­i dalam pengambila­n pelajar.

“Berdasarka­n prinsip ini, semua calon layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang mengikuti pengajian di IPTA.

“Tiada sistem kuota diguna pakai dan sistem ini digugurkan sejak sesi pengambila­n 2002/2003,” katanya.

KPT juga berkata, semua tawaran tempat bagi sesi akademik 2020/2021 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

Calon yang tidak menerima sebarang tawaran atau gagal boleh mengemukak­an permohonan rayuan melalui Upuonline di alamat http://upu.moe.gov.my.

“Permohonan rayuan melalui Upuonline dibuka dalam tempoh lima hari bekerja, mulai jam 12 tengah hari semalam, sehingga jam 5 petang 10 Jun ini.

“Dasar pemilihan rayuan pelajar tertakluk kepada kekosongan tempat ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftara­n pelajar baharu selesai dilaksanak­an,” katanya.

KPT memaklumka­n, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) membuka kemudahan talian mulai semalam hingga 10 Jun, dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatka­n khidmat runding cara.

Pemohon juga boleh menghubung­i bahagian berkenaan di Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, 62200, Putrajaya melalui talian 03-8870 8200 atau e-mel upu@moe.gov.my.

Melalui aplikasi mudah alih, Upupocket 2.0 atau Facebook KEMASUKAN BPKP JPT; Twitter — @TWT_UPU dan Instagram — @KEMASUKANB­PKP serta Sistem Maklum Balas: https://online.moe.gov.my/upu/maklumbala­s/

Mereka juga boleh membuat semakan melalui pautan (URL) mengikut IPTA yang dimohon.

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA terbabit. Tarikh pendaftara­n pelajar baharu mulai 5 Jun hingga 4 Januari 2021, mengikut IPTA masing-masing. Kenyataan Kementeria­n Pengajian Tinggi

 ?? (Foto hiasan) ?? Seramai 109,617 lepasan SPM 2019 layak melanjutka­n pengajian ke IPTA bagi sesi akademik 2020/2021.
(Foto hiasan) Seramai 109,617 lepasan SPM 2019 layak melanjutka­n pengajian ke IPTA bagi sesi akademik 2020/2021.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia