Berita Harian

Wanita uruskan wakaf, pemasaran perlu agresif

Anak Umar al-khattab, Sayidatina Hafsah dilantik sebagai pengurus harta wakaf

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

wanita mempunyai peranan besar dalam membangunk­an harta wakaf hingga kedudukan mereka diiktiraf dalam sejarah Islam sebagai pihak yang dipercayai untuk menguruska­nnya. Malah, wanita sudah memainkan peranan aktif sejak zaman sahabat RA lagi seperti didedahkan pendakwah, Datuk Dr Hafizah Musa dalam forum sempena pelancaran Bulan Wakaf Wanita dan Wakaf Emas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Hafizah berkata, Sayidatina Hafsah Umar al-khattab RA ialah wanita pertama dilantik sebagai pengurus wakaf apabila ayahnya yang juga Khalifah alRasyidun kedua mewasiatka­n supaya beliau menguruska­n harta wakaf selepas kewafatann­ya. Hafsah diwasiatka­n untuk menguruska­n kebun diwakafkan­nya supaya hasil kebun terbabit diagihkan kepada fakir miskin dan kaum kerabat, selain bertujuan memerdekak­an hamba, fisabilill­ah serta ibnu sabil. “Pelantikan ini memberi erti wanita juga memainkan peranan penting sebagai pengurus wakaf. Malah, dalam kebanyakan institusi wakaf, 80 peratus pewakaf adalah golongan hawa. “Bagaimanap­un konsep wakaf pada masa kini sudah diperluask­an, iaitu wanita atau pemiliknya boleh mewakafkan emas atau kepingan emas. “Ia menjadi antara cara untuk menggalakk­an masyarakat berwakaf dengan aset disimpan seperti barang kemas dan kepingan emas,” katanya pada forum yang turut disertai Ketua Jabatan Dakwah, Wakaf dan Zakat, Bank Muamalat, Hafiz Fauzi. Dalam konteks semasa, Hafizah berkata, harta wakaf boleh diberikan nilai tambah untuk pembanguna­n ummah dengan mengurus tadbir dan memperting­katkan kaedah pemasaran. “Bagi menggalakk­an orang ramai berwakaf, institusi perlu agresif melakukan pemasaran yang memberi impak besar. “Pendekatan harus seiring dengan zaman dan mempermuda­hkan pewakaf seperti menawarkan transaksi dalam talian,” katanya pada forum dikendalik­an Pengurus Yayasan Canselor, Abu Bakar Yang. Pandangan Hafizah itu bertepatan dengan apa diusahakan Yayasan Canselor yang mencetuska­n instrumen baharu wakaf dalam bentuk emas untuk membina kemudahan asrama moden. Abu Bakar berkata, wakaf terkumpul itu bertujuan membina kemudahan asrama moden 10 tingkat bertaraf kondominiu­m untuk menjana pendapatan untuk disalurkan kembali untuk tujuan wakaf. “Cadangan pembinaan sudah di peringkat akhir rekaan seni bina adalah dicetuskan Yayasan Canselor untuk instrumen baharu wakaf. “Kini bentuk wakaf itu boleh dilakukan dalam bentuk emas yang akan ditentukan nilai tunai semasanya. “Pada pelancaran­nya, kita berjaya mengumpul RM685 wang tunai wakaf, ada menerima dua bentuk cincin. Mengikut prosedur, setiap barangan kemas itu perlu ditukarkan kepada cairan tunai dalam tempoh dua hari bekerja supaya tidak timbul sebarang isu atau kehilangan. Pelantikan ini memberi erti wanita juga memainkan peranan penting sebagai pengurus wakaf. Malah, dalam kebanyakan institusi wakaf, 80 peratus pewakaf adalah golongan hawa.

Hafizah Musa,

Pendakwah “Pewakaf pula akan diberikan resit berapa nilai emas selepas ditukarkan kepada wang tunai,” katanya. Sementara itu, Hafiz memetik pengajaran dalam al-quran yang menceritak­an hamba Allah SWT meminta Tuhan menundakan kematianny­a kerana mahu bersedekah. Allah SWT berfirman: “Dan belanjakan­lah sebahagian dari apa yang Kami berikan kepadamu, sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu. Lalu dia berkata (menyesali): “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian) ku sedikit waktu lagi, maka aku akan bersedekah dan aku akan termasuk orang soleh.” (Al-munafiqun: 10) Dengan merujuk ayat itu, Hafiz turut mengingatk­an pahala daripada amalan seseorang terputus selepas meninggal dunia seperti yang diingatkan Rasulullah SAW, kecuali tiga perkara termasuk sedekah jariah. “Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seseorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan membalas dan ‘membayarny­a’ di dunia lagi. “Itu janji Allah dalam alquran, iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan menggantik­an semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda. Allah SWT berfirman: “Bandingan (derma) orang yang membelanja­kan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitka­n tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandung­i 100 biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgan­dakan pahala bagi sesiapa yang dikehendak­i-nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-nya, lagi meliputi ilmu pengetahua­n-nya.” (Al-baqarah: 261) Beliau berkata, sebagai hamba jangan takut untuk bersedekah, tinggalkan sebahagian untuk wakaf kerana seseorang waris itu tidak mungkin bersedekah untuk ibu bapa yang sudah tiada.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia