Berita Harian

Tom Hanks, isteri disahkan positif COVID-19

-

Pelakon terkenal, Tom Hanks mengesahka­n beliau dan isterinya, Rita Wilson, didapati positif COVID-19.

Melalui entri Instagram (IG), Hanks, 63, memaklumka­n mereka demam ketika berada di Australia bagi menjalani penggambar­an filem baharu.

“Sebagai langkah wajar, seperti yang diperlukan dunia ketika ini, kami diuji untuk coronaviru­s dan didapati positif,” katanya.

Bintang Forest Gump itu memberitah­u, mereka sedang dikuaranti­n dan dipantau, lapor AFP.

“Kami akan mengemas kini perkembang­an kepada semua,” katanya yang turut memuat naik sekeping foto memaparkan sarung tangan dalam beg sampah ‘biohazard’.

Hanks adalah bintang utama Hollywood pertama mengaku secara terbuka dirinya positif COVID-19.

Sementara itu, anak pasangan berkenaan, Chet Hanks, 29, dilapor mengesahka­n ibu bapanya dijangkiti virus berkenaan.

Namun, Chet memberitah­u, mereka dalam keadaan baik.

“Anda tidak perlu risau. Namun, saya hargai kebimbanga­n yang ditunjukka­n orang ramai,” katanya.

Sementara itu, agensi melaporkan, Hanks dan Wilson disyaki dijangkiti virus berkenaan ketika bercuti di Gold Coast.

Khamis lalu, Wilson yang juga penyanyi dan komposer, membuat persembaha­n di Emporium Hotel South Bank di Brisbane. Mereka kemudian menjelajah Gold Coast sebelum berangkat ke Sydney.

Di bandar raya itu, Wilson membuat persembaha­n di Opera

House, dipercayai disaksikan 200 orang, Sabtu lalu.

Dilaporkan, Wilson juga muncul dalam rancangan pagi, Today Extra Show. Berikutan itu, pengacara program berkenaan, David Campbell dan Belinda Rusell mengasingk­an diri kerana bimbang virus merebak kepada orang lain.

Malah, mereka akan menjalani ujian saringan.

Sementara itu, teman-teman Hanks dan Wilson mendoakan pasangan itu cepat sembuh.

Pelakon The West Wing, Bradley Whitform, melayangka­n mesej di Twitter berharap pasangan suami isteri itu kuat.

“Sayang kamu Rita dan Tom... Tolonglah terus kuat bertahan,” katanya.

Hanks berada di Australia bagi menjalani penggambar­an filem berkisar Elvis Presley arahan Baz Luhrmann yang belum diberi tajuk.

Sementara itu, mengikut laporan Deadline Hollywood, filem mengenai Presley menampilka­n Hanks dengan watak sebagai Kolonel Tom Parker, iaitu bekas pengurus penyanyi legenda berkenaan. AGENSI

 ?? (Foto REUTERS) ?? Hanks dan Wilson diasingkan sebagai prosedur COVID-19.
(Foto REUTERS) Hanks dan Wilson diasingkan sebagai prosedur COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia