Berita Harian

Kilang proses durian RM40 juta terbesar negara di Raub

-

Royal Pahang Durian Produce-pkpp Sdn Bhd (RPDP-PKPP), usaha sama antara Royal Pahang Durian Group (RPD Group) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), bakal mengendali­kan kilang pemprosesa­n durian terbesar negara bernilai RM40 juta yang dijangka siap pada Jun 2021.

RPD Group memeterai dua perjanjian pemegang saham dengan PKPP pada Rabu dengan perjanjian pertama berkaitan dengan langganan saham dalam Ample Fruits Sdn Bhd.

Royal Pahang Produce Sdn Bhd mengambila­lih 60 peratus ekuiti manakala PKPP 40 peratus.

Selepas langganan saham itu, Ample Fruits Sdn Bhd akan dinamakan semula sebagai RPDP-PKPP.

Di bawah perjanjian, RPDP-PKPP akan melabur bersama dalam membina, memiliki dan mengendali­kan kemudahan pemprosesa­n durian yang canggih di Raub, dengan kapasiti pembekuan awal 3,500 tan metrik sebulan.

“Apabila siap kelak, kemudahan itu akan menjadi kilang pemprosesa­n durian terbesar (buah dibeku, pulpa dan pes) di Malaysia.

“Ia akan menyediaka­n teknologi pembekuan kriogenik terkini, barisan mesin pemprosesa­n berautomas­i, keupayaan penyelidik­an dan pembanguna­n khusus dan ruang simpanan dengan kapasiti 7,000 tan.

“Kilang akan mematuhi protokol eksport terkini dan pensijilan kawalan keselamata­n makanan dan kesihatan,” kata RPD Group dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Perjanjian kedua berkaitan dengan langganan saham dalam Ample Harvest Capital Sdn Bhd oleh Royal Pahang Durian Resources Sdn Bhd (75 peratus) dan PKPP (25 peratus).

Selepas langganan selesai Ample Harvest Capital akan dinamakan semula sebagai Royal Pahang Durian Resources–pkpp Sdn Bhd.

Pengerusi RPD Group, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-sultan Abdullah, memeterai perjanjian itu bagi mewakili Royal Pahang Durian Produce dan Royal Pahang Durian Resources, manakala PKPP diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Suhaimi Mohd Yunus.

Majlis permeterai­an itu disaksikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-sultan Abdullah. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia