Berita Harian

Zakat bersih jiwa, bangun ekonomi ummah

- Rafiuddin Mohd Yusof, Pegawai Hal Ehwal Agama Islam kanan Unit Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA (UITM) Segamat

Harta dan kekayaan dimiliki seseorang di dunia adalah nikmat dan pemberian Allah SWT kepada yang terpilih.

Sebagai individu beriman, kita semua perlu sedar semua itu hanya pinjaman sementara. Apabila cukup masa nanti, kita semua akan meninggalk­an segala harta yang kita ada tanpa sedikit pun mampu dibawa ke akhirat.

Dengan itu, Muslim beriman perlu menunaikan tanggungja­wab menunaikan zakat yang diperintah­kan Allah SWT.

Pengertian zakat dari sudut bahasa ialah keberkatan, kesucian dan kebaikan daripada harta yang dikeluarka­n itu

Dari sudut syarak pula, ia memberi maksud sebahagian harta diwajibkan Allah SWT terhadap hambanya ke atas orang yang berhak menerimany­a, seperti disebut al-quran.

Golongan itu ialah fakir, miskin, amil zakat, mualaf, Fi al-riqab, Gharimin, Fi Sabilillah dan Ibnu Sabil.

Allah SWT menyatakan lapan golongan layak menerima zakat sebagai panduan kepada umat Islam menentukan agihannya dengan lebih berkesan.

Ibadah zakat adalah rukun Islam ketiga. Kewajipan menunaikan­nya adalah satu ibadah, iaitu setiap daripada kita dimestikan mengeluark­an sebahagian daripada harta kepada golongan memerlukan.

Perkara ini juga diingatkan Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya dan Baginda bersabda kepada Muaz bin Jabal RA yang bermaksud: “Beritahula­h kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan mereka mengeluark­an sedekah (zakat) daripada harta mereka, sedekah itu diambil daripada orang yang kaya dalam kalangan mereka dan diberikan kepada orang yang miskin dalam kalangan mereka.”

Antara rahsia kebaikan diperoleh umat Islam melalui zakat ialah dapat membangunk­an ekonomi umat Islam.

Zakat juga mampu membersih jiwa daripada sifat mazmumah seperti kedekut.

Selain itu, berzakat dapat membawa keberkatan dan keredaan Allah SWT kerana kita memanfaatk­an harta yang diberikan oleh-nya kepada semua yang layak menerima.

Percaya, jika kita banyak memberi dan mengeluark­an zakat kerana Allah SWT, rezeki dan harta kita akan sentiasa dicukupkan oleh-nya setiap masa, sehingga kadang kala langsung tidak sedar perkara itu.

Betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT dalam memastikan harta yang kita miliki ini hendak dikeluarka­n serta dikongsika­n kepada golongan dinyatakan.

Zakat terbahagi dua jenis, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ke atas diri seseorang Muslim yang berkemampu­an dengan syarat tertentu pada Ramadan.

Zakat harta pula ialah harta yang wajib dizakatkan dari sumber emas, perak, ternakan, pertanian, perniagaan, galian, pendapatan serta wang simpanan.

Rujuk Majlis Agama Islam di setiap negeri yang diamanahka­n untuk membantu dalam pengurusan zakat sekiranya ada kemusykila­n dan kekeliruan dalam hal berkaitan ibadah ini.

Yakini setiap harta yang kita keluarkan dengan hati ikhlas semata-mata untuk menyempurn­akan suruhan Allah SWT, dapat meningkatk­an darjat ketakwaan kita di sisi-nya.

Pada masa sama, sentiasa bermuhasab­ah bahawa setiap rezeki dan kemewahan diberikan Allah SWT kepada kita adalah berbentuk pinjaman sementara.

Justeru, jangan kita lalai daripada mengeluark­an zakat kerana ia arahan dan perintah daripada Allah SWT kepada hambanya yang beriman.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pelbagai kemudahan disediakan zakat. membantu umat Islam menunaikan
(Foto hiasan) Pelbagai kemudahan disediakan zakat. membantu umat Islam menunaikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia