Berita Harian

Doktor antara tiga kena tipu

Semua mangsa diperdaya rugi berjumlah RM68,000

- Oleh Shahrinnah­ar Latib dan Zuhainy Zulkiffli bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tiga individu termasuk seorang doktor menanggung kerugian keseluruha­n RM68,000 selepas mereka diperdaya sindiket yang menghubung­i mangsa dengan menyamar sebagai pegawai penguat kuasa dan rakan lama.

Dalam kejadian di Temerloh, seorang doktor wanita berusia 26 tahun kerugian RM40,000 selepas dia diperdaya sindiket Macau Scam yang mengatakan akaun banknya digunakan untuk kes penggubaha­n wang haram, kelmarin.

Mangsa dikatakan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya pada jam 12.35 tengah hari yang memberitah­u doktor itu mempunyai tunggakan cukai RM13,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata panggilan itu kemudian disambungk­an kepada dua suspek yang memperkena­lkan diri sebagai Sarjan Nizam dan Inspektor David kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Suspek bertanya jika mangsa mengenali pengedar dadah bernama M Faizul Ariffin yang sudah ditangkap di sempadan Thailand dan wanita itu menafikan perkara itu,” katanya, semalam.

Beliau berkata, suspek kemudian memberitah­u akaun bank mangsa digunakan dalam kes penggubaha­n wang haram dan talian disambungk­an kepada pihak Bank Negara.

“Mangsa diminta memberikan maklumat akaun dan kata laluan perbankan dalam talian miliknya kepada suspek, menyebabka­n wang berjumlah RM40,000 di dalam akaunnya sudah lesap,” katanya.

Di Kepala Batas, seorang ahli perniagaan kerugian RM18,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menyamar rakan lama, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa berusia 44 tahun mendakwa menerima panggilan daripada lelaki memperkena­lkan diri sebagai rakan lama mangsa.

Suspek memberitah­u dia mempunyai masalah perniagaan dan segala dokumen diri juga hilang.

“Suspek kemudian mahu meminjam wang mangsa sebanyak RM18,000 bagi menyelesai­kan urusan perniagaan dan akan membayar balik pada hari sama.

“Mangsa tanpa curiga terus membuat pemindahan wang sebanyak dua kali sebelum menelefon suspek bagi mengesahka­n transaksi itu.

“Akibat tidak menerima bayaran pinjaman itu, mangsa menghubung­i rakan lamanya menerusi nombor telefon disimpan dan rakannya itu menafikan meminjam wang mangsa,” katanya.

Noorziny berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Noorzainy berkata, seorang pegawai teknologi maklumat berusia 34 tahun turut kerugian RM10,000 akibat terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Katanya, lelaki terbabit mendakwa menerima panggilan daripada wanita memperkena­lkan diri sebagai pegawai Telekom dari Kuantan, Pahang.

Suspek memberitah­u mangsa terbabit kes perjudian dalam talian, sebelum panggilan disambung kepada rakan mangsa yang menyamar pegawai polis di Kuantan dan menyatakan perlu menyiasat akaun bank mangsa.

“Mangsa diminta mengesahka­n nombor akaun bank dan nombor pin sebelum diminta menyerahka­n kod pengesahan transaksi (TAC) serta memadamkan sistem pesanan ringkas (SMS) itu,” katanya.

 ??  ?? Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia